Bukan beri duit, tapi air kotak – Kamarul Zaman

Bukan beri duit, tapi air kotak – Kamarul Zaman

JOHOR BAHRU: Polis negeri ini menafikan dakwaan dua anggotanya menerima rasuah daripada seorang ahli perniagaan seperti dalam rakaman yang tular menerusi aplikasi TikTok, semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat menegaskan, pemilik kilang tersebut hanya memberikan air kotak kepada kedua-dua anggota Unit Kereta Peronda (MPV) berkenaan dan pihaknya telah menerima dua laporan tentang perkara tersebut, masing-masing dibuat oleh dua anggota terlibat dan pemilik kilang berkenaan.



“Kita dah buka kertas siasatan tentang perkara itu. Siasatan awal dibuat mendapati pemilik kilang tersebut bukan menyerahkan wang, sebaliknya minuman berbentuk air kotak.

“Namun, siasatan tetap dijalankan khususnya melibatkan tindakan anggota yang tidak keluar daripada kenderaan ketika itu,” katanya ditemui selepas menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Johor, di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalannya, Deputi Komisioner M. Kumar.

Kamarul Zaman berkata, siasatan mendapati pemberian air kotak berkenaan berlaku di kawasan perindustrian di Kulai pada 3 September lalu.

Beliau turut memaklumkan siasatan juga dibuat terhadap rakaman perbualan dalam bahasa Mandarin.



“Dalam rakaman itu, pemilik kilang ada bercakap dengan adiknya dalam Bahasa Mandarin mengatakan ‘jangan bagi duit kepada mereka, kalau bagi duit dia akan….’, kemudian rakaman itu terputus di situ.

“Jadi kita akan jalankan siasatan lanjut tentang perkara ini,” katanya sambil menasihati masyarakat supaya berkongsi maklumat tentang salah laku anggota polis secara terus kepada pihaknya, bukannya menerusi media sosial semata-mata.

Semalam, tular dalam aplikasi TikTok sebuah rakaman video berdurasi 39 saat memaparkan seorang lelaki memberikan sesuatu kepada dua anggota polis yang duduk dalam kenderaan peronda.

Walau bagaimanapun, tidak jelas kelihatan apa yang diberikan individu berkenaan kepada anggota terbabit. Utusan



Bukan beri duit, tapi air kotak – Kamarul Zaman

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dia raba dada saya – Sarimah



Tuduhan PM peliwat, laporan polis di seluruh negara ke atas Radzi

Tudung Nelydia Senrose terbang?



Caprice dakwa Bapa Mondy kena ‘payung’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker