Covid-19: 7,140 kes baru, 16 kematian direkodkan

Kementerian Kesihatan semalam melaporkan 7,140 kes baru Covid-19, menjadikan jangkitan kumulatif kepada 4,396,165 kes.

Kes aktif pada masa ini sebanyak 96,602, menurun 43.5 peratus berbanding dengan 14 hari lalu.

Kes baru mengikut negeri:



Selangor (5,020)

Kuala Lumpur (415)

Negeri Sembilan (290)

Perak (287)



Terengganu (239)

Johor (214)

Pulau Pinang (166)

Kedah (133)



Melaka (94)

Sarawak (92)

Pahang (64)

Sabah (58)



Kelantan (40)

Putrajaya (11)

Perlis (10)

Labuan (7)



Sebanyak 16 lagi kematian dilaporkan, dengan empat kes mati ketika dibawa ke hospital (BID).

Sepanjang minggu lepas, purata 18 kes kematian Covid-19 telah dilaporkan, sementara purata untuk 30 hari lalu adalah 37, menunjukkan trend penurunan.

Setakat ini, seramai 35,437 orang telah meninggal akibat wabak ini.

Terdapat 454 kematian Covid-19 dilaporkan pada bulan ini. Sebagai perbandingan, terdapat 2,235 kematian pada bulan lepas dan 770 kematian pada Februari.



Kes kematian tertinggi semalam dilaporkan di Selangor (5), Johor (3), Kedah (2), Pulau Pinang (2), Terengganu (2), Perak (1) dan Sarawak (1).

Terdapat 2,308 pesakit Covid-19 yang dirawat di hospital dengan 110 daripadanya berada di unit rawatan rapi.

Kadar kemasukan ke hospital tertinggi semalam dilaporkan di Selangor (153), diikuti dengan Johor (101) dan Sabah (75).

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker