Bintang Bolasepak Cristiano Ronaldo Umum Kematian Anak Kembar

Bintang Bolasepak Cristiano Ronaldo Umum Kematian Anak Kembar

BINTANG bola sepak Cristiano Ronaldo bersama pasangannya, Georgina Rodriguez kini sedang berkabung selepas kematian salah seorang anak kembar mereka yang baharu dilahirkan.

Penyerang Manchester United itu mengumumkan berita sedih berkenaan di akaun laman sosial miliknya pada Isnin.

“Ini merupakan detik paling sukar bagi seorang ibu dan bapa.

“Namun kehadiran kembarnya, seorang bayi perempuan, memberikan kami kekuatan untuk menghadapi waktu yang sukar ini,” tulisnya.

Pasangan tersebut turut mengucapkan terima kasih kepada para doktor dan jururawat yang mengendalikan kelahiran anak kembar mereka.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada para doktor dan jururawat untuk segala usaha dan sokongan mereka.

“Kami ingin minta supaya tidak diganggu pada waktu sukar ini.

“Kepada anakku, kamu merupakan bidadara kami. Kami akan sentiasa menyayangi kamu,” catatnya lagi.

Pada Oktober tahun lalu, Ronaldo mengumumkan pasangannya Georgina sedang hamil anak kembar.

Bintang Bolasepak Cristiano Ronaldo Umum Kematian Anak Kembar

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anak angkat celah mana?, Nurulhidayah nafi dakwaan warganet

Biawak Bengal Di Rogol, Empat lelaki Ditahan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker