Covid-19: 5594 kes baharu dengan 63 kematian

Covid-19: 5594 kes baharu dengan 63 kematian

Negara mencatat 5,594 kes jangkitan baharu COVID-19 pada Selasa, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Dr Noor Hisham memaklumkan, berikutan pertambahan angka baharu itu, jumlah kumulatif jangkitan COVID-19 dalam negara kini mencapai 2,597,080.

Manakala jumlah keseluruhan kematian disebabkan COVID-19 kini melebihi 30,000 orang daripada lebih 2 juta kes positif COVID-19 yang dikesan.



Setakat malam tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 63 lagi kematian baharu akibat wabak itu, sekali gus menjadikan jumlahnya kini 30,063 kes.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 13 daripada 63 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Covid-19: 5594 kes baharu dengan 63 kematian




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Isteri Fizo, cantik dan bijak – Netizen

PN kalah di PRN Melaka kifarah atas kesombongan Muhyiddin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker