Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan akan tamatkan cita-cita PN rampas kerajaan

Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan dijangka perkukuhkan lagi kerajaan diterajui Anwar (depan, tengah).

SHAH ALAM – Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang akan berlangsung pada 14 Mei di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) bakal menutup mulut ‘tong kosong’ yang sering mengkritik dan menabur fitnah kepada kerajaan.

Pengarah Komunikasi Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Noraini Nordin berkata, ia bakal memperkukuhkan lagi tembok kerajaan diterajui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan Harapan dan Presiden Parti Keadilan Rakyat.

“Mereka juga bakal kehabisan modal untuk menyambung siri-siri fitnah jahat dan cubaan ‘menebuk’ Kerajaan Perpaduan, pasti juga akan ‘terbisu’ dengan sendirinya.

“Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat adalah bidalan yang amat bertepatan dengan konvensyen 14 Mei ini, ” ujarnya dalam satu kenyataan pada Khamis.



Noraini berkata, konvensyen tersebut dijangka dihadiri parti-parti utama yang bergabung dalam Kerajaan Perpaduan iaitu Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Parti Warisan (Warisan) dan lain-lain.

Mengulas lanjut, pemangku Ketua Penerangan Wanita PKR Pusat itu berkata, konvensyen berkenaan juga menggambarkan wujudnya muafakat bijaksana dan matang sebagai kunci utama mengekalkan perpaduan yang telah sedia terbentuk.

Jelasnya, perhimpunan itu akan menjadi saksi bahawa golongan matang, bermuafakat, bersefahaman, bertoleransi dan mengutamakan negara serta rakyat dalam berpolitik pasti akan menang, manakala pengkhianat yang suka mengadu domba tidak akan tenang.

Selain daripada pemimpin tertinggi parti, turut menyertai konvensyen itu nanti ialah lebih 5,000 pemimpin peringkat akar umbi daripada seluruh negara manakala, pada sebelah pagi pula akan berhimpun delegasi wanita dan pemuda seramai lebih 3,000 perwakilan akan menyertainya.



“Ayuh semua mari kita bersama-sama berpadu tenaga dan perteguhkan persepakatan untuk menjayakan Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan dengan berlapang dada, membersih minda, menyuci hati dan berjiwa matang demi memantapkan perpaduan serta kestabilan negara.

“Ia merupakan agenda mengangkat martabat rakyat dan jika boleh kita sebar seluasnya sehingga ke Antartika,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Sarah Rasa Nak Matilah, Macam Malaikat Dah Duduk Sebelah”(Video)



Angel Dolla bercinta dengan Nadhir Nassar

Janna Nick nikahi Dini Schatzmann di Langkawi 10 Jun



Bapa sanggup putus hubungan – Mark Adam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker