Lelaki miliki 21 rekod jenayah ditembak mati di medan selera Puchong

SERDANG: Seorang lelaki yang memiliki 21 rekod jenayah maut ditembak dalam kejadian di Jalan Bandar 1, Puchong di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, kejadian kira-kira jam 12.35 tengah malam berlaku ketika mangsa berusia 31 tahun itu sedang berjalan kaki menuju ke kenderaan selepas makan di medan selera berhampiran.

“Mangsa sebelum itu keluar makan bersama rakan-rakannya di medan selera berhampiran lokasi kira-kira jam 10 malam (Rabu).



“Setelah selesai makan, kira-kira jam 12.35 tengah malam, mangsa dipercayai telah ditembak,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, polis yang tiba di lokasi temui mangsa dalam keadaan berlumuran darah.

Katanya, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultan Idris Shah Serdang untuk bedah siasat.

“Semakan mendapati mangsa yang beralamat di Dengkil, Sepang mempunyai 21 rekod jenayah termasuk pernah dihukum di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.



“Mangsa juga pernah ditahan bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA),” ujarnya.

Tambahnya, siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti motif kejadian selain usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.

Kes disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Sarah Rasa Nak Matilah, Macam Malaikat Dah Duduk Sebelah”(Video)



Angel Dolla bercinta dengan Nadhir Nassar

Janna Nick nikahi Dini Schatzmann di Langkawi 10 Jun



Bapa sanggup putus hubungan – Mark Adam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker