Anis Al Idrus bercerai

Anis Al Idrus bercerai

Pelakon dan penyanyi, Anis Al Idrus mengesahkan dia sudah bercerai dengan suaminya, Aiman Rafzan sejak tahun lalu.

Penyanyi lagu Mengapa itu memberitahu, dia dan bekas suami membuat keputusan tersebut selepas perbincangan secara matang dan baik.



“Ya, saya kini kembali sendiri. Alhamdulillah, Tuhan sudah susun dengan baik. Kita hanya mampu merancang tetapi Dia tahu apa yang terbaik.

“Kami berpisah secara baik tahun lepas. Syukur, semua urusan dipermudahkan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Ditanya mengapa mengambil masa yang lama sebelum mengumumkan berita tersebut, jelas pelakon Duda Terlajak Laris itu, dia memerlukan masa sendiri untuk bersedia mendedahkan perkara tersebut.

“Bukan mahu merahsiakan tetapi bagi saya, cukup untuk keluarga dan teman-teman rapat tahu dahulu. Apabila sudah bersedia, saya umum,” ujarnya.



Menerusi media sosialnya juga, Anis turut mengumumkan berita tersebut dan dalam pada masa yang sama meminta doa yang baik-baik daripada peminat.

“Apabila usia bertukar tahun, saya tetap berdiri dan bersedia untuk menghadapi lembaran baharu dengan tangan terbuka.

“Kehidupan ini ada pasang surutnya dan saya bersyukur dengan jalan yang Tuhan tetapkan sehingga membawa saya untuk kembali sendiri.

“Saya percaya dengan suratan, qada dan qadar Tuhan. Saya juga sedar, setiap yang berlaku ada hikmahnya,” katanya.



Anis yang juga pengacara dan usahawan mendirikan rumah tangga dengan bekas suaminya pada 7 Julai 2017. Utusan

Anis Al Idrus bercerai

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Norish Karman bibir tebal kerana botox?

Isteri nak buat kejutan



Dato Malik bebas dengan jaminan

Hari Asyura, kelebihan Puasa 9,10,11 Muharam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker