Malaysia teruskan misi memburu kejuaraan remaja dunia pertama

AIRA Azman tidak berdepan masalah mengetepikan cabaran Ocean Ma pada suku akhir Skuasy Berpasukan Remaja Dunia di Melbourne, Australia, semalam.

Malaysia teruskan misi memburu kejuaraan remaja dunia pertama

Tidak pernah merangkul kejuaraan berpasukan remaja dunia, misi Malaysia untuk memburu gelaran pertama diteruskan di Melbourne, Australia semalam apabila melangkah ke separuh akhir.

Ini kali kelapan pasukan negara melayakkan diri ke pe­ringkat empat terbaik selepas menumpaskan Kanada 2-0.



Turun sebagai perseorangan pertama, Aira Azman hanya memerlukan 18 minit untuk menewaskan Ocean Ma 11-7, 11-8, 11-0 dan memastikan Malaysia mendahului 1-0.

U. Thanussa mengesahkan kemenangan pasukan negara dengan mengutip mata kedua selepas menundukkan Maria Min 11-9, 11-9, 11-8.

Jurulatih negara, Andrew Cross berkata, pemainnya ­beraksi cemerlang semalam, namun menjangkakan cabaran lebih getir hari ini apabila berdepan Amerika Syarikat (AS).

Sementara itu, Pengarah Kejurulatihan Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), Mejar (B) S. Maniam sependapat de­ngan Cross bahawa AS bukan lawan mudah.



“Mereka pasukan yang bagus, harap pemain kita mampu mengatasi cabaran ini,” ujarnya.

Pencapaian terbaik Malaysia dalam Kejohanan Skuasy Berpasukan Remaja Dunia adalah muncul naib juara pada 2019, 2017, 2007 dan 2001. Utusan

Malaysia teruskan misi memburu kejuaraan remaja dunia pertama

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Norish Karman bibir tebal kerana botox?

Isteri nak buat kejutan



Dato Malik bebas dengan jaminan

Hari Asyura, kelebihan Puasa 9,10,11 Muharam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker