Mizz Nina dakwa Musa trauma, sakit

Mizz Nina dakwa Musa trauma, sakit

Aktivis kemanusiaan, Mizz Nina mendakwa anak angkatnya, Musa mengalami trauma selepas dibawa keluar dari rumah tanpa keizinan dan kebenarannya selama lebih tiga minggu.

Mizz Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman, 44, berkata Musa berhadapan dengan masalah trauma selepas dipercayai diambil oleh bekas suaminya yang juga penyanyi dan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh.



“Bayangkan budak sekecil dibawa keluar dari rumahnya. Dia trauma sebab terpaksa berjauhan dengan keluarga, kawan-kawan dan jiran yang memang rapat dengannya.

“Musa trauma sebab tercari-cari emaknya, tapi tak boleh nak jumpa. Dia mengalami ketakutan yang amat sangat dan begitu juga saya, sangat risaukan Musa,” katanya kepada BH Online.

Mizz Nina ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, pagi tadi turut memaklumkan, dia ada membawa Musa berjumpa dengan pakar psikiatri selepas mendapatkan Musa semula.

“Ketika Musa pulang ke rumah, dia mengalami sakit seperti cirit-birit, muntah, kukunya panjang dan kotor.



“Saya dan suami segera bawa Musa berjumpa dengan beberapa doktor dan pakar psikiatri untuk melakukan pemeriksaan ke atas kesihatan fizikal dan mentalnya,” katanya.

Tambah Mizz Nina, kejadian itu juga membuatkan Musa berhadapan dengan masalah pengabaian atau ‘abandonment issue’.

“Sebagai contoh, kalau saya nak bawa keluar, Musa akan takut dan berpegang erat kepada saya. Musa seolah-olah seperti hilang kepercayaan dan merasakan saya takkan kembali kepadanya,” katanya.

Berikutan itu, Mizz Nina menegaskan tiada keperluan untuk bekas suami, Noh Salleh menuntut hak penjagaan bersama.



Dalam masa sama, suaminya, Essam Muhammad menegaskan untuk tidak mahu membabitkan Musa dalam permasalahan memandangkan kanak-kanak itu masih kecil.

“Tiada anak yang ingin membesar bersama ibu bapa yang bercerai. Kenapa Musa yang tidak stabil perlu terbabit dalam keadaan begini.

“Bekas suami (Noh) bukan bapa kandung dan namanya juga tiada dalam dokumen rasmi. Dia (Noh) juga sudah menandatangani SD (akaun berkanun) selepas bercerai dan tiba-tiba, masa kami berkahwin, dia datang nak ambil Musa.

“Musa bukan boleh dibuang sesuka hati. Hormatinya sebagai manusia dan kanak-kanak,” kata Essam.



Semalam, Mizz Nina diwakili peguam dan Essam memutuskan untuk memfailkan penarikan balik untuk kes penjagaan penuh dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara bagi Musa.

Terdahulu, Mizz Nina mendakwa Noh membawa keluar anak angkatnya, Musa tanpa kebenaran dan pengetahuannya.

Mizz Nina mengakui ia disifatkan sebagai satu pengkhianatan dan memberikan kesan emosi kepadanya, apatah lagi, dirinya adalah ibu susuan Musa dan tidak pernah berjauhan dengan anak angkatnya selama itu.

Katanya, kejadian anaknya dibawa keluar dari rumahnya berlaku pada 19 Disember tahun lalu ketika dirinya dalam penerbangan menuju ke Tokyo, Jepun atas urusan kerja.



Mizz Nina kemudiannya mendapatkan perintah mahkamah dan berjaya mendapatkan Musa kembali.

Bagaimanapun, Noh atau nama sebenarnya, Mohammad Noh Salleh, 39, sebelum itu membuat kenyataan dalam program Melodi menafikan ada unsur penculikan seperti didakwa, malah sudah mendapatkan kebenaran ibu kandung Musa untuk menjaga kanak-kanak itu.

Kemudiannya, vokalis kumpulan Hujan itu tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas dituntut oleh ibu kandung Musa yang hanya mahu dikenali sebagai Athira.

Noh, 39, menerusi hantaran di Instagram (IG) berkata, dia juga akan mengikut beberapa tuntutan lain seperti menarik balik kenyataan yang dikeluarkan termasuk memadam gambar Musa dalam media sosial. BH



Mizz Nina dakwa Musa trauma, sakit

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Benarkah Fatiya Latiff dibuang keluarga?

Rafizi dan Tony adalah kembar “Raja Formula Temberang”

Tengku Zafrul bidas Isham, tak tahu jangan pandai komen

Kalau tak dapat, saya naik hantu – Nabila Huda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker