Pencemaran Sungai Kim Kim: Irfan Tidak Sanggup Lagi Tanggung Derita Myokymia

Pencemaran Sungai Kim Kim: Irfan Tidak Sanggup Lagi Tanggung Derita Myokymia

Pasir Gudang: “Saya faham dia tidak sanggup lagi menanggung derita hingga pernah meminta agar kakinya dipotong namun kami sentiasa memberi semangat kepadanya supaya tidak putus asa,” kata Idham Wazir Abd Wahab, 52.

Idham Wazir, bapa kepada pesakit Myokymia, Irfan Wafiy Idham Wazir berkata, perubahan tampuk pemerintahan di peringkat pusat mahupun kerajaan negeri sudah berlaku beberapa kali namun anaknya masih gagal mendapat pembelaan sewajarnya.



Menurutnya, menjadi mangsa paling teruk terkesan akibat tragedi pencemaran Sungai Kim Kim tragedi itu, Irfan Wafiy yang kini menjadi pelajar Maktab Rendah Sains Mara Johor Bahru masih belum sembuh dan terpaksa berjalan menggunakan tongkat.

Katanya, malah penyakit yang dialami itu sejak berusia 12 tahun menyebabkan kakinya menggeletar dan paling ketara adalah kaki kirinya.

“Irfan Wafiy masih mendapatkan rawatan susulan sebagai pesakit luar di Hospital Sultan Ismail (HSI) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL). Awalnya dia menggunakan kerusi roda untuk bergerak manakala buat masa ini, dia menggunakan tongkat termasuk ketika mengikuti sesi pembelajaran di MRSM.



Peniaga itu berkata, keluarganya menaruh harapan supaya Irfan Wafiy pulih seperti sedia kala dan melakukan aktiviti kegemarannya.

Menurutnya, apa yang penting adalah masa depan anak keempat daripada lima beradik kerana akan menempuhi alam pekerjaan dan sebagainya.

“Kami bercadang untuk mendapatkan rawatan susulan bagi Irfan Wafiy di Singapura namun ia tertangguh kerana kosnya agak besar. Kami berharap Irfan Wafiy menerima pembelaan sewajarnya kerana permasalahan dialaminya itu berpunca daripada pencemaran dan sepatutnya ada pihak bertanggungjawab menghulurkan bantuan.

“Kami harap kerajaan baharu akan dibentuk prihatin dengan nasib Irfan Wafiy,” katanya yang berkongsi permasalahannya kepada calon Barisan Nasional (BN) kerusi Johor Jaya di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Chan San San.



Idham Wazir berkata, San San menjadi antara sukarelawan yang pernah mengunjungi kediamannya ketika anaknya ditimpa masalah berkenaan.

Menurutnya, malah San San juga mengikuti perkembangan anaknya.

“Dia seorang sukarelawan yang aktif dan mesra serta gemar membantu masyarakat kurang bernasib baik,” katanya.



Untuk rekod, Irfan Wafiy dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) selepas sukar untuk bernafas dipercayai akibat terhidu gas beracun semasa sesi persekolahan.

Tidak seperti rakan-rakan lain, bekas murid Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang itu dimasukkan ke hospital lebih lama, iaitu 10 hari berikutan keadaan kesihatan yang merosot setiap hari.

Pada 7 Mac 2019, seramai 103 pelajar dan penduduk di sekitar Sungai Kim Kim sakit dan dimasukkan ke hospital akibat terhidu gas beracun. Selepas penyiasatan awal dibuat, pihak berkuasa mengenal pasti puncanya ialah daripada bahan kimia yang dibuang ke dalam Sungai Kim Kim.

Pada 11 Mac, gelombang kedua tindak balas gas beracun daripada bahan kimia di Sungai Kim Kim bermula.



Seramai 106 mangsa dimasukkan ke hospital dengan jumlah mangsa mencecah 1,000 orang beberapa hari kemudian, dan lapan daripadanya dimasukkan ke unit rawatan rapi. Beberapa gas beracun dihasilkan selepas reaksi air dan udara bersama bahan kimia tersebut.

Ia termasuk gas acrylonitrile, xylene, metana dan toluene yang boleh menyebabkan sakit kepala, loya, pengsan dan kesukaran bernafas.-HM

Pencemaran Sungai Kim Kim: Irfan Tidak Sanggup Lagi Tanggung Derita Myokymia

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Johor kurang kesedaran politik Islam, Muhyiddin pertahan kenyataan Hadi

Tangmo Nida Dipaksa Layan Nafsu Lelaki VVIP Sebelum Jatuh Bot? [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker