Fadhli Shaari, Hilman bakal dipanggil polis susulan penganjuran himpunan

Fadhli Shaari, Hilman bakal dipanggil polis susulan penganjuran himpunan

Polis Kuala Lumpur menerima enam laporan berhubung penganjuran ‘Himpunan Selamatkan Malaysia’ yang dijadual berlangsung di sekitar pusat beli belah Sogo di sini, Sabtu ini.

Susulan itu, polis membuka kertas siasatan berkaitan penganjuran perhimpunan yang dirancang pada Hari Malaysia, 16 September itu.



Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Katanya, Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Hilman Idham akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi berhubung penganjuran perhimpunan berkenaan.

“Pihak polis belum menerima notis pemakluman perhimpunan berkenaan,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Allaudeen berkata, pihak polis perlu dimaklumkan lebih awal mengenai rancangan mengadakan perhimpunan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terjamin.



Berdasarkan peruntukan undang-undang, penganjur perlu memberi notis pemakluman kepada polis selain mendapat kebenaran daripada pemilik tempat lokasi perhimpunan.

Bagi perhimpunan ini, penganjur perlu memohon kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atau pemilik kawasan lokasi perhimpunan diadakan seperti termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan, dilaporkan berkata, proses pemakluman kepada polis dan mendapatkan kebenaran berkemungkinan mengambil masa antara empat hingga lima hari. BH

Fadhli Shaari, Hilman bakal dipanggil polis susulan penganjuran himpunan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon janda sondol suami orang



Allah nak tarik nikmat balik kejap saja – Syafiq Amzah

Ruhainies ditegur pakai seksi nampak lurah



Nur Nilam dedah video intim Azlan Komeng

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker