Elak dron, helikopter tapi tewas dengan anjing

Elak dron, helikopter tapi tewas dengan anjing

Selepas pemburuan lebih dua minggu, banduan kes bunuh yang melarikan diri dari penjara, akhirnya ditangkap di luar bandar Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS).

Danelo Cavalcante, 34, berjaya mengelak ratusan pegawai polis dan pasukan keselamatan persekutuan yang lengkap bersenjata, sekatan jalan raya, dron dan helikopter, dengan bergerak pada waktu malam.



Dia juga berlindung di sebalik semak dan menimbus najisnya untuk mengelak meninggalkan kesan.

Lelaki itu dikesan pesawat pengesan haba, Rabu lalu, sebelum ditangkap anjing polis yang menggigit kepala banduan itu sekali gus menyebabkan mangsa mengalami pendarahan.

Marsyal AS Robert Clark berkata, lelaki itu bertahan selama tempoh itu dengan memakan tembikai di sebuah ladang dan merancang untuk melarikan diri ke Kanada atau Puerto Rico.

“Suspek menyatakan dia menemukan ladang tembikai dan hidup dengan makan tembikai dan minum air sungai selain hanya bergerak pada waktu malam saja.



“Dia merancang dalam 24 tempoh jam untuk merampas kereta seseorang dan menuju ke utara sama ada ke arah Kanada atau ke Puerto Rico,” katanya kepada NBC.

Cavalcante, yang disabitkan bersalah membunuh teman wanitanya dengan menikamnya di hadapan anak-anaknya.

Warga Brazil berketinggian 1.52 meter itu mencuri senapang semasa dalam pelarian, serta membawa beg galas yang mempunyai pisau cukur di dalamnya.

Lelaki itu menggunakan pisau cukur itu bagi mengubah penampilannya.



Dia juga mencuri dan meninggalkan sebuah trak dan dikesan beberapa kali pada kamera keselamatan.

Selepas ditangkap, Cavalcante dipindahkan ke penjara keselamatan bertahap tinggi di Montgomery County, Pennsylvania. HM

Elak dron, helikopter tapi tewas dengan anjing

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kak KM maki suami langgar kereta kesayangan? (Video)

Abah pilih dia ceraikan mak dan anak-anak sekali



Azhar Ali kembali ‘Scam’ jadi Perdana Fellow Di MITI?

Aisar Khaled payung ‘rider makanan’ motosikal baharu selepas motorsikal lama disita JPJ [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker