Farid Kamil lafaz cerai secara online

Farid tak sihat, prosiding lafaz cerai menerusi panggilan video

Farid Kamil lafaz cerai secara online

Pelakon, Farid Kamil melafazkan lafaz cerai talak satu terhadap isterinya, Diana Danielle di Mahkamah Syariah Petaling Jaya, Subang Bestari di sini sebentar tadi.

Lafaz itu dilafazkan melalui aplikasi Google Meet selepas Farid masih mengalami kesan akibat jangkitan Covid-19.



Sebelum talak itu dilafazkan, Hakim Syarie, Shukran Yusof bertanya kepada Farid akan kesediannya untuk membuat lafaz tersebut.

“Ya, insyaAllah, saya setuju,”katanya.

Diana ketika ditanya oleh hakim turut menyatakan bersedia agar lafaz dilafazkan secara dalam talian.

Pada 10 Mac lalu, Diana memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, di mahkamah sama.



Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu ialah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8. Utusan

Farid Kamil lafaz cerai secara online

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Duit Dini Schatzmann habis

Shila Amzah serabut tengok mak bapa bergaduh



Suami curang ‘dibantai’ isteri di restoran di hadapan skandal

Wajah Enot Dah Berubah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker