Ramasamy bohong – Anthony Loke

Ramasamy bohong – Anthony Loke

Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook berkata, bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang P Ramasamy berbohong bahawa beliau tidak dimaklumkan secara peribadi oleh Loke yang beliau tidak dicalonkan pada PRN.

Bekas Adun Perai tiga penggal itu, antara tujuh Adun di Pulau Pinang yang tidak dicalonkan untuk PRN Sabtu ini, mengumumkan keluar dari DAP pagi ini.



Pada sidang media di Butterworth, Ramasamy berkata, beliau kecewa dengan ketiadaan budi bicara “bekas pelajarnya”, Loke. Sebaliknya, dakwa Ramasamy, Loke meminta Naib Presiden DAP Nga Kor Ming memaklumkan kepadanya bahawa beliau akan tidak dicalonkan.

Dalam kenyataan, Loke berkata, beliau turun ke Pulau Pinang bersama Nga pada 25 Julai untuk bertemu setiap Adun negeri itu yang tidak dicalonkan semula.

Katanya, pertemuan di di ibu pejabat DAP Pulau Pinang itu turut dihadiri pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Ramasamy kononnya saya tidak ada “courtesy” untuk memaklumkan keputusan tidak menamakannya sebagai calon DAP pada PRN kali ini,” katanya.



“Nga, Chow dan saya menemui setiap penyandang yang tidak dicalonkan secara berasingan dan saya sendiri memaklumkan keputusan parti kepada mereka dan memberi peluang kepada mereka untuk memberikan pandangan balas.

“Saya berasa amat kesal dengan tindakan Ramasamy yang sanggup berbohong dalam perkara ini. Pembohongan ini menghilangkan rasa hormat saya kepada beliau sebagai bekas pensyarah saya,” katanya.

Loke menjelaskan, sesi pertemuan tersebut berlangsung lebih sejam, sehingga beliau terlewat untuk majlis pengumuman calon DAP.

“Saya ulang, sesiapa sahaja yang meninggalkan parti selepas tidak dicalonkan semula dalam pilihanraya adalah orang yang tidak ikhlas dan setia kepada perjuangan parti,” katanya.



Awal hari ini, Ramasamy mengumumkan keputusannya meninggalkan DAP hanya beberapa minggu selepas beliau tidak dicalonkan untuk PRN Pulau Pinang.

DAP sebaliknya memilih S Sundarajoo, bekas ketua pegawai operasi pemaju hartanah EcoWorld Sdn Bhd, sebagai calonnya di Perai.

Pada sidang media di Butterworth, Ramasamy mendakwa DAP Pulau Pinang sedang melakukan “pembersihan” untuk menyingkirkan individu dianggap menyokong Chow. FMT

Ramasamy bohong – Anthony Loke



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Duit Dini Schatzmann habis



Shila Amzah serabut tengok mak bapa bergaduh

Suami curang ‘dibantai’ isteri di restoran di hadapan skandal



Wajah Enot Dah Berubah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker