Anwar mulakan kelas tambahan percuma di Parlimen Tambun libatkan 20 ribu orang pelajar

IPOH: Kelas tambahan dalam talian percuma sudah bermula untuk pelajar sekolah di kawasan Parlimen Tambun yang diwakili Anwar Ibrahim.

Pembantu Anwar di Parlimen Tambun Hairul Amir Sabri berkata, kelas dalam talian itu dibuka untuk hampir 20,000 pelajar di kawasan itu terutama dari kumpulan B40 (berpendapatan rendah) dan M40 (berpendapatan sederhana).

Katanya, kelas tambahan itu bermula ketika penggal persekolah baharu pada Mac, dan dibuka kepada murid tahun satu hingga tingkatan lima, dengan tumpuan utama bagi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan utama termasuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).



Kelas percuma ini boleh membantu keluarga berjimat hingga beberapa ratus ringgit sebulan, katanya.

“Sebagai contoh, sebuah keluarga mempunyai tiga anak dan setiap mata pelajaran berharga RM50. Keluarga itu perlu membelanjakan RM200 untuk empat subjek atau RM600 untuk ketiga-tiga anak itu.”

Hairul Amir berkata SMK Tanjong Rambutan juga dimasukkan dalam program tersebut.

Pengetua sekolah, Adek Abdul Rahman berkata, beliau berharap kelas itu akan membantu ibu bapa untuk memberi galakan kepada anak-anak mereka untuk menyambung pelajaran dan berjaya dalam bidang akademik.



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak



Rahim Maarof koma dalam ICU

Luke Shaw peluk Islam?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker