Suami simpan RM10.9 juta dalam peti simpanan rahsia elak isteri tahu

 

Bekas kakitangan Direktorat Cukai Kementerian Kewangan, Rafael Alun Trisambodo mengaku menyimpan sejumlah wang ke dalam Peti Simpanan Selamat (SDB) kerana  mahu menyembunyikan harta daripada i isteri dan anaknya, lapor portal berita Kompas.com hari ini.

Sebelum ini, Rafael disyaki Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) Indonesia menerima suapan berpuluh-puluh bilion rupiah. Dia didakwa menyimpan wang sebanyak 37 bilion rupiah (RM10.9 juta) tetapi  telah disita oleh KPK.



“Jadi, memang saya sembunyikan. Tujuannya, saya sembunyikan daripada  keluarga saya adalah jangan sampai isteri dan anak saya tahu,” ujar Rafael dalam wawancara bersama Kompas TV.

Menurut Rafael, anak dan isterinya kerap meminta membeli sesuatu atau berkunjung ke suatu tempat apabila mengetahui dia memiliki wang simpanan.

Rafael menafikan tindakannya menyimpan wang dalam bentuk mata wang asing dalam SDB sebagai usaha untuk mengelakkan ia diperoleh dari sumber mana kerana SDB itu menggunakan namanya sendiri.

Dia mengaku tidak mengetahui pihak-pihak yang memberikan wang rasuah kepadanya selama bekerja dengan Kementerian Kewangan.



“Saya tidak pernah menerima daripada  pihak-pihak lain yang bekerja sama dengan pejabat saya,” tuturnya.

Menurut Rafael, wang dalam SDB itu adalah daripada jualan  aset tanah yang dihibahkan oleh orang tuanya pada 2010 dan hasil penjualan tersebut, dia mendapat sejumlah 10 bilion rupiah (RM2.9 juta) yang kemudian ditukarkan ke mata wang asing.

Sebelum ini, KPK mengesahkan bahawa Rafael menjadi orang yang disyaki menerima rasuah berupa wang. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak



Rahim Maarof koma dalam ICU

Luke Shaw peluk Islam?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker