Lori baja bergesel penghadang jalan, pemandu maut

Gambar Hiasan

Seorang pemandu lori yang membawa muatan baja maut selepas kenderaan yang dipandunya bergesel dengan tembok konkrit penghadang jalan sejauh 534 meter sebelum terbabas di bahu jalan di Kilometer 81, Jalan Gua Musang-Lojing, Tanah Tinggi Lojing di sini hari ini.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 7.15 pagi itu, mangsa, R. Logathan, 49, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala kelindannya, M. Jeswinraj, 18, cedera ringan pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, mangsa sedang dalam perjalanan dari Ipoh, Perak menuju ke Lojing di sini untuk menghantar baja.

Katanya, semasa tiba di lokasi kejadian, lori jenis Isuzu yang dipandubya dipercayai hilang kawalan lalu bergesel dengan konkrit penghadang jalan sejauh 534 meter sebelum terbabas di bahu jalan sebelah kiri.



“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi dan jenazahnya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Gua Musang di sini untuk dibedah siasat.

“Seorang lagi mangsa yang mengalami kecederaan ringan pada kepala dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Menurut Choon Foo, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Orang kanan mahu Peja letak jawatan ketua PN N Sembilan



Harap anak kau tak jadi sundal – Che Ta

Kegagalan Iron Dome , roket buat U-Turn sehingga bedil hospital di Tel Aviv (Video)



RM500 juta dibelanjakan untuk publisiti semasa pentadbiran Muhyiddin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker