Pencuri rempuh pagar selepas larikan kereta dijel 10 bulan

KENDERAAN Range Rover curi merempuh pagar dan dinding di Bukit Blanchard, Surrey Jun lalu. – Foto Banbury Guardian

Seorang pemuda dijel 10 bulan oleh hakim sebuah mahkamah setelah dia mengaku bersalah atas semua pertuduhan selepas melarikan sebuah kenderaan sehingga melanggar pagar kayu di Surrey, lapor laman berita MailOnline semalam.

Mohamed Chand, 23, memandu kenderaan pacuan empat roda, Range Rover dengan laju kerana dikejar polis sehingga melanggar pagar dan merempuh dinding.

Dia kemudian keluar dari kenderaan itu dan melarikan diri tetapi akhirnya berjaya ditangkap pada bulan Jun lalu.

Pemuda itu mengaku bersalah di Mahkamah Diraja Snaresbrook, London pada Jun lalu sebelum dijatuhi hukuman.



Lesen tertuduh turut digantung selama 19 bulan dan 19 hari kerana dia tidak memiliki insurans.

Dalam kejadian tersebut, pemilik Range Rover Sport itu dilaporkan terdengar bunyi kenderaan dihidupkan kira-kira pukul 4.40 pagi (waktu tempatan).

Sejurus menerima laporan, polis memulakan pencarian sebelum menemui kenderaan itu diletakkan di pinggir bandar Surrey.

Namun, apabila kereta polis diletakkan di hadapan kenderaan itu, tertuduh merempuhnya lalu memecut dengan laju sebelum hilang kawalan dan merempuh pagar kayu serta dinding. – AGENSI



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Orang kanan mahu Peja letak jawatan ketua PN N Sembilan



Harap anak kau tak jadi sundal – Che Ta

Kegagalan Iron Dome , roket buat U-Turn sehingga bedil hospital di Tel Aviv (Video)



RM500 juta dibelanjakan untuk publisiti semasa pentadbiran Muhyiddin



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker