Sukan SEA Kemboja 2023: Hajat raih emas sepak takraw terbantut

PHNOM PENH – Skuad sepak takraw negara terpaksa ‘gigit jari’ dalam usaha  meraih pingat emas di Sukan SEA Kemboja 2023 setelah tunduk kepada Indonesia 1-2 dalam acara doubles (regu dua sepasukan) dalam aksi yang berlangsung di Pusat Latihan Nasional Olimpik, Phnom Penh hari ini.

Malaysia yang mempertaruhkan gandingan Noraizat Nordin dan Aidil  Aiman Zawawi berjaya mengekalkan ketenangan berdepan duo Indonesia Saiful Rijal dan Muhammad Hardiansyah Muliang untuk memenangi set pertama dengan keputusan 21-16.

Set kedua pula menyaksikan Indonesia membuat pertukaran dengan memasukan Rusdi Rusdi untuk menggantikan Saiful Rijal



Percaturan itu menjadi apabila Indonesia mendahului pada awal babak set kedua.

Keadaan seakan mengelisahkan untuk kem negara, sehingga ketua jurulatih, Ahmad Jais Baharun membuatkan keputusan untuk mengeluarkan Noraizat dan memasukan Hafizul Hayazi Adnan ketika Malaysia ketinggalan 13-17.

Bagaimanapun ia tidak dapat menghalang untuk Indonesia mengheret perlawanan ke set penentuan setelah menang dengan keputusan 16-21.

Kemenangan itu ternyata menaikkan motivasi skuad Garuda di set ketiga apabila akhirnya menumpaskan Malaysia dengan keputusan 21-13. –



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Pernah nampak arwah berjasa – Rita Rudaini

Diana beri bayangan hubungan dengan Farid



Ustaz Don Suruh Dengar Lagu Coldplay ‘Fix You’ (Video)

Mawi muntah darah, mati sekejap



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker