Anwar beri jaminan tiada sabotaj dalam Kerajaan Perpaduan

Anwar diiringi Ahmad Zahid ketika hadir pada perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Puspanitapuri Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa tiada lagi sebarang unsur sabotaj bagi menjatuhkan Kerajaan Perpaduan yang dipimpin olehnya sehingga Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang.

Anwar berkata, melalui Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang diadakan semalam telah menetapkan satu bentuk kerajaan kukuh melalui gabungan melibatkan Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Warisan.

Katanya, biarpun pada peringkat awal terdapat percubaan berhubung akuan bersumpah (SD) yang disampaikan kepada peringkat Yang di-Pertuan Agong, namun kesepakatan parti dalam Kerajaan Perpaduan dilihat lebih kemas ketika ini.

“Dalam percubaan ini tidak ada salah dalam politik dan demokrasi, siapa pun boleh rebut kuasa ikut jalur yang sah. Tetapi dalam beberapa minggu atau lebih sebulan lalu, baik BN, PH, GRS, GPS, Warisan terutama yang besar bagi komitmen yang sangat jelas.



“Semalam kita adakan perhimpunan (Kerajaan Perpaduan) dengan pengukuhan itu jelas sekurang-kurangnya untuk bertahun-tahun akan datang tidak ada lagi layanan terhadap sebarang percubaan untuk sabotaj kerajaan sedia ada,” katanya ketika berucap dalam perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata, sumbangan penjawat awam dalam membangunkan negara ketika ini juga dilihat dapat meyakinkan pelabur luar dengan kestabilan ekonomi termasuk keadaan politik negara.

Jelasnya, perkara itu diperkukuhkan lagi dengan unjuran pertumbuhan ekonomi yang lebih baik pada suku pertama tahun ini berbanding pada akhir tahun lalu, ia termasuk statistik kadar inflasi kurang, jumlah pengangguran menurun, namun pelaburan bertambah.

“Pelaksanaan pelaburan itu penting, apabila pelaburan itu sampai ke negeri seperti Wilayah Persekutuan, Selangor dan Perak, maka pihak Kerajaan Persekutuan dan negeri serta pihak berkuasa tempatan (PBT) harus bekerja sederap supaya tahap kelulusan itu dapat dipercepatkan.



“Ini memastikan negara dapat mempertahankan kadar pertumbuhan lebih meyakinkan dengan komitmen dan kesungguhan kita,” katanya

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pernah nampak arwah berjasa – Rita Rudaini



Diana beri bayangan hubungan dengan Farid

Ustaz Don Suruh Dengar Lagu Coldplay ‘Fix You’ (Video)



Mawi muntah darah, mati sekejap

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker