Gagal perangi jenayah, tiada lagi amaran buat ketua polis daerah – Ayob Khan

Ayob Khan ketika berucap dalam Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, hari ini.

Semua ketua polis daerah digesa untuk memastikan ‘akujanji’ yang ditandatangani setiap bulan dipatuhi dan bukannya menjadi ‘kertas tisu’ semata.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, arahan daripada pihaknya jelas agar memastikan operasi berterusan dan konsisten diadakan di pusat-pusat judi di seluruh negara.

Ujarnya, ‘akujanji’ telah ditandatangani bagi memastikan daerah masing-masing bebas daripada pelbagai jenis aktiviti haram dan jenayah.

“Saya ingin pastikan pelaksanaan daripada mereka (ketua polis daerah). Tidak mahu ‘akujanji’ jadi kertas tisu lagi. ‘Akujanji’ kena buat. Justeru, satu pasukan khas telah ditubuhkan bagi memantau setiap daerah.



“Kalau ada maklumat sampai pada saya, pasukan khas saya di Bukit Aman itu akan turun bagi mengambil tindakan. Pucuk kepimpinan pun telah bersetuju.

“Saya akan buat pemeriksaan mengejut dan mengambil tindakan terhadap ketua polis daerah berkenaan jika terima maklumat. Tiada amaran lagi kerana ‘akujanji’ sudah ada,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, di sini, hari ini.

Di dalam ucapan amanatnya, Ayob Khan berkata, ada dalam kalangan ketua polis daerah Kontinjen Kuala Lumpur, tidak berpuas hati apabila pihaknya menghantar pasukan dari Bukit Aman untuk mengambil tindakan terhadap premis-premis judi dalam talian.



Jelas Ayob Khan pemantauan penyeliaan yang kurang dan tidak konsisten perlu diberi perhatian bagi memuaskan hati masyarakat.

“Contohnya ada orang buat laporan, tetapi kita tidak maklumkan balik hasil siasatan. Benda kecil macam ini sudah ada SOP. Saya rasa kalau itu dibuat, masyarakat akan berpuas hati.

“Masyarakat pun jangan buat tafsiran atau andaian, jika serbu hari ini, judi ini esok habis. Macam-macam jenis judi yang ada dan akan berubah-ubah taktiknya. Ini akan mengambil masa sedikit.

“Namun yang penting adalah konsisten. Kena ada kolabrasi mantap dengan pihak berkuasa tempatan yang lain,” katanya.



Dalam pada itu, beliau berkata talian hotline yang dilancarkan oleh JSJ pada Rabu lepas, mendapat sambutan yang sangat mengalakkan dan berkesan.

Jelasnya, walaupun baru ditubuhkan tiga ke empat hari, sebanyak 300 maklumat dan aduan yang telah diterima daripada orang awam.

“Bila kita semak balik semua aduan, 10 daripadanya berkaitan dengan JSJ manakala yang lain-lain kita akan salurkan ke jabatan berkaitan.

“Ini juga merupakan kali pertama kita buat. Jadi ramai orang tumpukan di talian itu,” katanya



Perangi Pusat Judi, Ayob Khan tak mahu ‘akujanji’ jadi kertas tisu

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pernah nampak arwah berjasa – Rita Rudaini

Diana beri bayangan hubungan dengan Farid

Ustaz Don Suruh Dengar Lagu Coldplay ‘Fix You’ (Video)

Mawi muntah darah, mati sekejap

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker