KTMB tawar perkidmatan koc basikal XKB

KTMB tawar perkidmatan koc basikal XKB

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengubah suai koc tempat duduk penumpang kepada Ekspres Koc Basikal (XKB) yang boleh memuatkan sehingga 60 basikal.

Ketua Pegawai Korporat KTMB, Suhaimi Yaacob berkata, perkhidmatan tren sewa khas itu sebagai memberi pengalaman baharu dan unik kepada peminat tegar aktviti berbasikal.



Menurut beliau, XKB diperkenalkan sebagai tanda sokongan KTMB kepada kempen Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang bertujuan meletakkan peningkatan taraf kesihatan rakyat sebagai keutamaan melalui gaya hidup sihat.

“Dengan menaiki kereta api, mereka boleh meneroka lokasi berbasikal yang menarik di sepanjang rangkaian laluan tren KTMB.

” Ia juga selamat dan tidak begitu memenatkan kerana mereka tidak perlu memandu jika ke lokasi yang jauh,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Katanya, terdapat tiga koc basikal tersedia untuk digunakan buat masa ini.



Jelasnya, basikal yang dibawa akan diletakkan pada peralatan khas bagi memastikan basikal berada dalam keadaan stabil semasa tren bergerak.

“Turut disediakan dalam pakej XKB ini ialah koc ADNS (Air-conditioned Day/Night Second) atau koc tempat duduk yang boleh memuatkan 60 penumpang. Sinar

KTMB tawar perkidmatan koc basikal XKB


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]



Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker