Pemuda Ini Hidup Bertapa Seorang Diri Dalam Hutan Selama 13 tahun [VIDEO]

Pemuda Ini Hidup Bertapa Seorang Diri Dalam Hutan Selama 13 tahun [VIDEO]

JAKARTA – Seorang lelaki dari dari Tanah Pasundan, Jawa Barat tinggal seorang diri di dalam sebuah hutan selama 13 tahun dan bertahan tanpa internet dan juga isyarat telefon, lapor laman berita Merdeka.com.

Kisah lelaki bernama Andri itu dipaparkan dalam kandungan YouTube bertajuk Singgahsana Kita. Andri memilih untuk tinggal di kawasan Gunung Ciarileu, Garut di Jawa Barat seorang diri sejak 2007.

Menerusi video tersebut, dia dilihat hidup dalam sebuah po



ndok yang serba sederhana dengan diisi barangan peribadi dan satu ruang tidur untuk dia berehat..

Andri menghabiskan masanya sebagai seorang petani dan menanam pelbagai jenis tanaman seperti pokok sawi, cili dan kobis di atas tanah seluas 400 meter.

Kehidupan Andri yang serba kekurangan nampak seperti sukar dijalani namun menurut lelaki itu, dia tidak pernah berasa terbeban malah mengajui kehidupan sederhananya itu membuatkan dia bahagia.

“Apa kesukaran yang dihadapi kerana tinggal di dalam hutan?” tanya pengacara rancangan itu kepada Andri.



Lelaki itu kemudiannya membalas dengan mengatakan tiada apa yang sukar.

Video tersebut sehingga kini sudah mendapat lebih 1.2 juta tontonan dengan 15,000 tanda suka. – Agensi



Pemuda Ini Hidup Bertapa Seorang Diri Dalam Hutan Selama 13 tahun [VIDEO]


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Kes masih tinggi, jangan tergesa-gesa umumkan endemik

Lupa kunci rumah, lelaki panjat pangsapuri 14 tingkat [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker