Pengkhianatan ND Lala tidak dapat dilupakan – Isteri

Pengkhianatan ND Lala tidak dapat dilupakan – Isteri

Pengkhianatan ND Lala tidak dapat dilupakan - Isteri

Kemelut rumah tangga yang melanda penyanyi terkenal, Datuk ND Lala dan isteri, Datin Fauziah Sarman terus diperkatakan sehingga hari ini.

Malah, orang ramai masih tertanya mengenai status hubungan pasangan itu selepas Fauziah bertindak mendedahkan wajah seorang wanita bernama Siti Munirah Abd Ghani yang dipercayai ‘penyondol’ di dalam perkahwinannya.



Susulan pendedahan itu juga, Fauziah dilihat sering berkongsi mengenai luahan isi hatinya yang seakan kecewa dan sedih di laman Instagram miliknya.

Tikam belakang?

Terbaharu, menerusi hantaran di Instagram Stories (IG Story), Fauziah memuat naik sepotong video pendek yang memperlihatkan lukisan kartun pasangan suami isteri sedang berpelukan.


Baca Artikel Menarik:

 

Alicia Amin tembusi ABPBH 35 buat julung kali




Namun, mencuri perhatian apabila di hujung video berkenaan lukisan yang mewakili si suami secara tiba-tiba mengeluarkan sebilah pisau seakan mahu menikam isterinya daripada belakang.

Ia sekali sekaligus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan warganet adakah ibu kepada empat cahaya mata memberi bayangan bahawa selama ini suaminya telah ‘menikam’ dan menipu dirinya.

Menerusi video sama, turut tertulis ayat seseorang tidak seharusnya mengharapkan cinta daripada mereka yang suka berpura-pura.



Jangan berharap wujud cinta sejati daripada orang yang berpura-pura

‘Aku tidak berdendam’

Sementara itu, menerusi satu lagi hantaran di entri sama, Fauziah berkongsi petikan kata-kata (quotes) mengenai perasaan dendam seseorang.


Baca Artikel Menarik:

Influencer media sosial klon diri sendiri tawar khidmat teman wanita




Aku tidak berdendam, aku hanya masih mengingat dengan jelas atas perlakuanmu kepadaku. Atas luka yang kau berikan dan penghianatan yang kau lakukan.

Terdahulu, kecoh di laman sosial apabila ibu kepada penyanyi popular, Shila Amzah itu dilihat hadir ke mahkamah, dipercayai bagi memfailkan perceraian. Bagaimanapun, hal itu dinafikan oleh anak ketiganya, Syada Amzah.

Sebelum ini, nama ND Lala dikaitkan dengan dakwaan kononnya sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita lain dan difahamkan wanita tersebut merupakan rakan kepada Shila sewaktu dibangku sekolah.
Sumber: Instagram

 




Baca Artikel Menarik:

Langgar lari, kereta mewah Dini Schatzman calar teruk

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pengkhianatan ND Lala tidak dapat dilupakan – Isteri

 

Puteri Sarah Lebih Cantik Pakai Baju Nikah – Netizen



Cincin tunang Shuib & Watie, lain dari yang lain

Nak beli mainan dengan adik, budak 6 tahun pandu kereta sejauh 2.5 km mengalami kemalangan [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker