Ibu Liyana Jasmay meninggal dunia

Ibu Liyana Jasmay meninggal dunia

Pelakon terkenal, Liyana Jasmay kehilangan ibu tercinta, Datin Habsah Simpon pada sekitar pukul 8.30 pagi ini.

Menurut pengurus Liyana, Norhazwani Jamil, Allahyarham Habsah yang berusia 66 tahun meninggal dunia akibat kanser limfoma di Hospital Kuala Lumpur (HKL).



Katanya, sejak disahkan mengidap barah berkenaan kira-kira dua bulan lalu, Allahyarham sering keluar masuk hospital bagi menerima rawatan.

“Liyana beserta seluruh ahli keluarga berada di sisi Allahyarham semasa menghembuskan nafas terakhir. Liyana bersama adik beradiknya juga sering bersama ibu mereka dalam waktu-waktu terakhir ini,” kata Norhazwani kepada Astro Awani ketika dihubung.

Dijangkakan jenazah Allahyarham akan dikebumikan selepas solat Jumaat, hari ini.

Jenazah juga akan dibawa ke Masjid Al-Iman, Kemensah Heights, Hulu Kelang untuk dimandi dan dikafankan. Awani



Ibu Liyana Jasmay meninggal dunia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Sarah Rasa Nak Matilah, Macam Malaikat Dah Duduk Sebelah”(Video)



Angel Dolla bercinta dengan Nadhir Nassar

Janna Nick nikahi Dini Schatzmann di Langkawi 10 Jun



Bapa sanggup putus hubungan – Mark Adam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker