Tak boleh tebang balak, bagi Kedah RM100 juta setahun – Sanusi

Tak boleh tebang balak, bagi Kedah RM100 juta setahun – Sanusi

Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan polemik isu yang berlaku di Hutan Simpan Ulu Muda akan berakhir sekiranya Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan RM100 juta yang diminta Kedah sebagai pampasan memulihara kawasan tadahan itu.

Malah, Menteri Besar Kedah itu memberi jaminan tidak akan ada sebatang pokok balak pun ditebang di negeri itu sekiranya peruntukan terbabit diterima, termasuklah kemuncup sekali pun.



Mengulas lanjut, beliau menegaskan perkara itu sudah dituntut Kedah sejak empat tahun lalu sebagai ganti kepada kehilangan hasil negeri.

“Depa (mereka) duduk tuduh kata kita tebang balak maka kawasan tadahan air Ulu muda tercemar… pembalakan ini Jabatan Perhutanan yang menguatkuasakan peraturan dan undang undang, mereka agensi Kerajaan Persekutuan.

“Prosedur penebangan, had penebangan dan had pengeluaran dikuatkuasakan jabatan berkenaan, pasal apa dok hentam kerajaan negeri.

“Jadi untuk menghentikan semua polemik itu, bagi RM100 juta setahun (yang Kedah minta)… pokok kemuncup pun kami tak tebang,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Pesta Buku Pokok Sena 2024 di Dewan Serbaguna daerah itu di sini, hari ini.



Muhammad Sanusi berkata, pihaknya menulis surat kepada setiap Perdana Menteri mengenai bayaran khas itu sebagai pampasan selepas Kedah banyak berkorban untuk negara terutama dalam menjaga sumber air bersih untuk tiga negeri serta tanah untuk pertanian bagi menjamin keselamatan makanan negara.

Kawasan tadahan hujan Ulu Muda di Kedah adalah punca sungai empangan yang membekalkan 90 peratus bekalan air di Kedah, 80 peratus di Pulau Pinang dan 70 peratus di Perlis untuk pengairan sawah padi, sumber air bersih dan sebagainya.

Seramai 4.2 juta orang yang tinggal di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang sangat bergantung kepada air mentah di Ulu Muda.

Ditanya mengenai kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berhubung penubuhan Lembaga Lembangan Ulu Muda, beliau memberi amaran pihaknya tidak akan sesekali membiarkan negeri lain mencampuri urusan kerajaan di bawah pimpinannya.



“Janganlah cadang nak buat agensi yang melibatkan negeri lain masuk wilayah Kedah, saya tak bagi dan saya tidak akan terlibat, buatlah macam mana pun saya tidak akan terlibat.

“Pegawai saya pun tidak akan terlibat pasal ini wilayah Kedah dan Kedah ada kedaulatan ke atas wilayah kita. (Mereka) ajar kita buat itu (dan) buat ini atas kepentingan hangpa (Pulau Pinang), kalau hangpa bergantung kepada Ulu muda untuk bekalan air bersih, hangpa bayaq (bayar) harga ayaq (air) itu, kita akan pastikan ayaq cukup untuk sampai kepada hangpa,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya Pulau Pinang enggan membuat bayaran dan mahu air secara percuma, pihaknya tidak akan mengambil peduli sebarang cadangan negeri itu.

Ditanya mengenai perkembangan terkini tuntutan air Kedah terhadap Pulau Pinang, Muhammad Sanusi berkata sehingga sekarang Pulau Pinang tidak membuat sebarang bayaran.



“Dalam Rancangan Fizikal Negara Kedua (RFN2) telah dipersetujui untuk dibuat bayaran, sampai RFN4 belum dibayar… tuntutan ini sudah dibuat sejak zaman mantan Menteri Besar, Allahyarham Datuk Seri Syed Razak Syed Zain sehingga disambung ke menteri besar seterusnya dan sehingga saya sekarang masih tak jadi apa,” katanya. BH

Tak boleh tebang balak, bagi Kedah RM100 juta setahun – Sanusi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya

Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin



Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah

Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker