Pengurup wang didalangi warga asing diserbu Imigresen

Pengurup wang didalangi warga asing diserbu Imigresen

Satu sindiket pengurup wang yang didalangi warga Bangladesh digempur Jabatan Imigresen dalam menerusi serbuan yang dilakukan pada 18 dan 19 Ogos lalu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, dalam operasi itu pihaknya menyerbu tiga buah premis kiosk menjual peralatan telefon dan elektronik dan kiosk agensi pelancongan yang disyaki menjalankan aktiviti pengurup wang tanpa lesen sah di sekitar ibu negara.



“Kejayaan operasi dan serbuan itu hadir rentetan hasil tangkapan seorang lelaki warga Bangladesh yang bertindak sebagai runner kepada sindiket menggunakan khidmat syarikat penghantaran barang pada 18 Ogos lalu.

“Dalam operasi tersebut pasukan operasi telah menahan seramai enam orang lelaki warga Bangladesh berumur antara 26 hingga 40 tahun yang mana kesemua mereka merupakan pekerja dan penjaga premis kiosk peralatan telefon dan elektronik serta kiosk agensi pelancongan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, siasatan lanjut mendapati salah seorang suspek berusia 36 tahun yang ditahan itu berperanan sebagai dalang utama menggerakkan aktiviti sindiket tersebut.

Menurut Khairul Dzaimee, semasa tangkapan dibuat, suspek utama itu tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri atau dokumen perjalanan yang sah.



“Justeru pemeriksaan lanjut juga berjaya membawa pasukan kepada rampasan wang tunai berjumlah RM44,035 yang disyaki hasil aktiviti pengurup wang secara haram dan 15 naskah pasport Bangladesh yang juga disyaki menjalankan aktiviti ejen pekerja asing selain buku-buku dan dokumen rekod kiriman wang ke luar negara seperti Bangladesh dan Indonesia.

“Berdasarkan rekod-rekod kiriman wang yang dijumpai penguatkuasa Imigresen, sindiket ini mampu membuat kiriman wang ke luar mencecah RM1.2 juta sebulan dan sindiket juga disyaki menjadi ejen pekerja asing berdasarkan jumlah passport yang dijumpai,” ujar beliau.

Khairul Dzaimee berkata, kesemua suspek ditahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Akta Pasport 1966 dan kes disiasat di bawah akta yang sama. Jelas beliau, semua suspek telah dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Semenyih, Selangor untuk tindakan lanjut. MG

Pengurup wang didalangi warga asing diserbu Imigresen




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Apa jadi dengan kertas siasatan Hakim Nazlan?



Najib lafaz sumpah laknat

Keikhlasan dibayar pengkhianatan – Najib Razak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker