Usul pasang panel solar di bumbung terima pujian, kritikan

Usul pasang panel solar di bumbung terima pujian, kritikan

Cadangan Kementerian Ekonomi untuk memasang panel solar di bumbung kediaman bagi memanfaatkan tenaga suria mengundang pujian termasuk kritikan.

Bagi pihak menyokong saranan itu, ia membawa manfaat kewangan namun bagi pengkritik pula berpendapat langkah itu tidak praktikal dan tidak mampu dicapai.



Baru-baru ini, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, pemilik kediaman digalak memasang panel solar di bumbung rumah sebagai sumber penjanaan tenaga alternatif.

Katanya, pemilik mampu menambah pendapatan dengan memajak panel solar atau menjual lebihan tenaga.

Rafizi berkata, rancangan itu sebahagian visi jangka panjang kerajaan memasang panel solar di bumbung kediaman, masjid, dewan dan kilang. Kerajaan memperuntukkan RM80 juta bagi pemasangan panel solar di bumbung bangunan kerajaan bagi memulakan inisiatif berkenaan.

Felo Pusat Pendidikan Pasaran Consilz Tan, berkata manfaat segera bagi pemaju perumahan termasuk insentif cukai dan mengukuhkan kebolehpasaran hartanah mereka kepada pemilik rumah kerana wujudnya peluang menjana pendapatan tambahan atau mengurangkan kos tenaga.



Tan berkata, manfaat itu boleh membantu mempromosi penggunaan tenaga boleh baharu, terutama kepada pemilik kediaman dan perniagaan.

Katanya, projek memajak bumbung solar menawarkan propek menarik bagi pelabur berpotensi, sambil menambah ia inisiatif itu berperannan penting menyokong peralihan Malaysia ke arah kemampanan.

“Projek berkenaan akan menarik pelabur. Antara semua sumber tenaga diperbaharui, tenaga solar paling terkedepan kerana paling bermanfaat (bagi pelaburan),” katanya kepada FMT Business.

Merujuk kepada kajian dilaksanakannya, Tan mendedahkan secara keseluruhan terdapat sentimen positif dalam kalangan pemilik kediaman terhadap penyelesaian eko-perumahan.



Bagaimanapun, beliau mengakui pemaju hartanah berkemungkinan berdepan cabaran berkait penyelenggaraan peralatan dan langkah mengoptimal.

Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda), NK Tong berkata: “Paling untung adalah pemilik kediaman yang boleh menyewa bumbung mereka untuk panel solar tanpa kesulitan.”

“Memajak bumbung bagi solar akan menjana pendapatan kepada pemilik, justeru membantu mengurangkan perbelanjaan isi rumah termasuk penggunaan elektrik itu sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, juruukur bertauliah Ernest Cheong merujuk keseluruhan kejiranan perlu bersetuju bagi membolehkan rancangan itu berjalan.



“Jika satu sahaja isi rumah menolak tawaran pelaksanaan maka ia akan tersekat,” katanya.

Cheong berkata, ada keluarga mungkin keberatan menyertai memandangkan kerja tambahan dan kos melibatkan menanam kabel, menghubungkan talian elektrik, dan pemasangan panel.

Konsultan hartanah, Siders Sittampalam berkata, rancangan itu tidak berkesan kepada B40 kerana kebanyakan mereka menetap di flat atau rumah kecil, sekali gus tidak mempunyai ruang bagi pemasangan panel solar.

Bagaimanapun, rancangan itu lebih berkesan kepada M40.



Usul pasang panel solar di bumbung terima pujian, kritikan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

MP Ketereh merungut sedekah kematian pakai duit sendiri



Aku sondol laki orang sampai naik pelamin (Video)

Mat Saleh bengang Malaysia ‘rosakkan’ deria rasanya (Video)

Mondy dakwa Ebit Lew kotor

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker