Jurutera perkapalan bunuh pegawai PPD Kuala Krai didakwa

Jurutera perkapalan bunuh pegawai PPD Kuala Krai didakwa

TANAH MERAH: Seorang jurutera syarikat perkapalan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan membunuh pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Krai dalam kejadian di Machang pada 3 September lalu.

Tertuduh, Harun Narresat Ibrahim, 46, hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad dan tiada pengakuan direkodkan.



Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Tuan Mohd Salleh Tuan Ibrahim, 51, di Kedai Chicken Chop Cikgu dekat Machang, pada jam 11.30 pagi pada 3 September lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara selama tempoh tidak kurang daripada 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun dan jika tidak dihukum mati, hendaklah juga dihukum sebat tidak kurang daripada 12 sebatan.

Pendakwaan dilakukan Pengarah Pendakwaan Negeri Kelantan, Muhammad Zaki Abdul Kudos, manakala tertuduh diwakili peguam bela, Tengku Shazuan Tengku Shariffudin.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 13 November untuk sebutan semula kes dan laporan kimia serta forensik.



Media sebelum ini melaporkan, seorang penjawat awam maut selepas berlaku pergaduhan di hadapan sebuah premis di Kampung Cabang Sungai Hala.

Mangsa yang berusia 51 tahun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan parah di kedua mata dan patah tulang rusuk sebelah kiri. BH

Jurutera perkapalan bunuh pegawai PPD Kuala Krai didakwa

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

MP Ketereh merungut sedekah kematian pakai duit sendiri

Aku sondol laki orang sampai naik pelamin (Video)



Mat Saleh bengang Malaysia ‘rosakkan’ deria rasanya (Video)

Mondy dakwa Ebit Lew kotor



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker