Kes Muhyiddin, pendakwaan akan fail rayuan

Kes Muhyiddin, pendakwaan akan fail rayuan

Pejabat Peguam Negara akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin daripada empat tuduhan salah guna kuasa.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin memberitahu wartawan rayuan itu akan difailkan pada petang ini.



Wan Shaharuddin berkata pendakwaan juga akan memohon prosiding tiga lagi tuduhan ubah wang haram yang dihadapi presiden Bersatu itu ditangguhkan sementara menunggu rayuan.

“Kami menerima keputusan mahkamah itu tetapi kami akan memfailkan rayuan petang ini,” katanya.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Muhyiddin untuk membatalkan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan berjumlah RM232.5 juta untuk Bersatu.

Hakim Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu setelah mendapati keempat-empat pertuduhan tersebut adalah kabur, cacat dan tidak berasas kerana ia tidak menyatakan butiran kesalahan dilakukan.



“Oleh itu, mahkamah membenarkan permohonan pemohon (Muhyiddin) untuk membatalkan keempat-empat pertuduhan berkenaan. Dengan ini, pemohon dilepas dan dibebaskan,” katanya.

Muhyiddin, sebagai perdana menteri (ketika itu) dan presiden Bersatu didakwa menggunakan kedudukan beliau untuk suapan berjumlah RM232.5 juta daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Azman Yusoff bagi parti tersebut.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.

Tuduhan-tuduhan berkenaan, berkait program Jana Wibawa, mendakwa Muhyiddin berusaha mendapatkan RM232.5 juta untuk Bersatu. FMT



Kes Muhyiddin, pendakwaan akan fail rayuan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sebab UMNO kalah teruk



Kamal Adli takut buka media sosial

Sharnaaz, Amelia kongsi momen jatuh cinta



Bikini Amy Nur Tinie bikin panas



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker