Syarat kerajaan pindahkan ‘cracking and leaching’ loji LYNAS ke luar negara adalah tepat

Bekas menteri tenaga, sains, teknologi, alam sekitar dan perubahan iklim Yeo Bee Yin memuji keputusan kerajaan yang mensyaratkan Lynas supaya memindahkan bahagian bahagian cracking and leaching loji pemprosesan nadir itu ke luar negara sebelum Julai.

Dalam satu kenyataan, Yeo berkata dia menantikan hari untuk melihat keadaan itu menjadi kenyataan.

“Tiada lagi pengeluaran sisa radioaktif untuk Lynas di Malaysia menjelang Julai. Ia adalah satu perjalanan panjang,” tambahnya.



Yeo adalah menteri yang bertanggungjawab meletakkan syarat kepada Lynas untuk menempatkan semula kemudahan cracking and leaching syarikat itu pada tahun 2020.

Dia berkata di sebalik itu, Lynas berusaha keras untuk menentang syarat berkenaan, dan berjaya melobi cukup ramai orang supaya firma itu tidak perlu mematuhi peraturan tersebut.

“Bagaimanapun, kami enggan membenarkan pengumpulan sisa radioaktif yang tidak berkesudahan di Malaysia, justeru menggantikan syarat mengeluarkan semua sisa radioaktif dari Malaysia dengan mengeluarkan semua kemudahan memproses bahan radioaktif – juga dikenali sebagai cracking and leaching – dari Malaysia dalam tempoh empat tahun.

“Di bawah syarat baharu ini, Lynas mempunyai empat tahun untuk membina kemudahan cracking and leaching di tempat lain. Apabila siap, Lynas tidak lagi dibenar menghasilkan sisa radioaktif di Malaysia dan hanya bahan perantaraan sahaja dibenarkan dihantar ke sini untuk pemprosesan selanjutnya.



“Lynas kemudiannya mengumumkan bahawa ia mampu memenuhi syarat yang dikenakan oleh kerajaan dan ia akan membina kemudahan cracking and leaching itu di Kalgoorlie, Australia,” tambahnya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Meerqeen dah ‘level’ lain

Ini ke penyondol kacau rumah tangga Hafidz Roshdi?



‘Lepas Cerai, Sha Nak Something Different’ – Shila Amzah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker