Pemansuhan Akta Hukuman Mati Mandatori kuat kuasa esok

PETALING JAYA: Pemansuhan Akta Hukuman Mati Mandatori 2023 berkuat kuasa esok, kata Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi Azalina Othman Said.

Berdasarkan Warta Kerajaan Persekutuan yang diterbitkan hari ini, Azalina berkata akta itu akan mula berkuat kuasa pada 4 Julai 2023.

Pada April, Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan rang undang-undang memansuhkan hukuman mati mandatori melalui undian suara.



Rang Undang-Undang Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023, dibentangkan bagi bacaan kedua dan ketiga dibacakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh, mencadangkan hakim diberikan kuasa budi bicara dalam menjatuhi hukuman.

Rang undang-undang itu juga mencadangkan membenarkan hakim membuat pilihan mengenakan hukuman penjara sehingga 40 tahun menggantikan hukuman mati mandatori.

Menurut Ramkarpal adalah penting memansuhkan hukuman mati mandatori kepada hukuman alternatif memandangkan hukuman mati tidak dapat “ditarik balik”.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabi Adam turun di Gunung Jerai, Saidina Uthman pernah ke Kedah antara dakwaan gila penceramah PAS yang mengelirukan – PM



Inspektor Sheila cari calon suami untuk jumpa ayahnya

Papagomo kalah debat dengan Wan Mahussin?



Pernikahan Shuib-Watie, Jep Sepahtu dedahkan beliau tidak dijemput

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker