Hasrat MCA bertanding di Selangor dipandang sepi?

MCA Selangor sedang menunggu jawapan daripada pucuk pimpinan BN mengenai permohonan yang dikemukakan untuk bertanding di lima kerusi Dewan Undangan Negeri, menurut pengerusi negerinya Ng Chok Sin.

Sinar Harian memetik Ng sebagai berkata MCA Selangor telah meminta untuk bertanding di “kerusi tradisi” parti itu pada pilihan raya negeri akan datang.

“Kita sudah melaluinya, bincang dan sudah memberikan senarai (kerusi) kepada pucuk pimpinan untuk bertanding pada PRN (Selangor).



“Tetapi sehingga hari ini kita (masih) tidak dimaklumkan kerusi mana yang akan diagihkan kepada kita,” kata Ng seperti dilapor.

Ng berkata MCA Selangor telah mengemukakan senarai lima kerusi termasuk Sungai Pelek, Kuala Kubu Baru dan Rawang.

Pada pilihan raya umum (PRU) 2018, BN telah bertanding di semua 56 kerusi DUN, di mana MCA diperuntukkan 14 kerusi – kesemuanya tewas kepada komponen Pakatan Harapan (PH), PKR atau DAP.

Pilihan raya negeri (PRN) akan datang adalah kali pertama BN bertanding bersama PH. MCA mahupun MIC tidak mempunyai sebarang kerusi di Selangor, manakala Umno mempunyai empat penyandang.



Pada 27 Jun, Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan bahawa MCA dan MIC akan diperuntukkan kerusi untuk bertanding dalam PRN, dengan pembahagian kerusi terakhir diputuskan berdasarkan kesesuaian dan potensi menang.

Kenyataan presiden Umno itu dibuat sehari selepas Pengerusi MIC Selangor MB Raja mendakwa parti itu akan diperuntukkan sejumlah kerusi yang belum ditentukan untuk bertanding, tetapi ini kemudiannya dipertikaikan oleh Timbalan Presiden MIC M Saravanan.

Sementara itu, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hassan hari ini berkata parti komponen BN mesti menerima sebarang keputusan muktamad yang dibuat untuk peruntukan kerusi di semua enam negeri.

Malay Mail memetik Mohamad sebagai berkata bahawa keputusan itu akan dibuat oleh majlis presiden BN dan PH, dijangka diumumkan minggu ini.



Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan bahawa ia akan bermesyuarat pada hari Rabu untuk membincangkan tarikh penting selepas menerima notis mengenai pembubaran kesemua enam DUN.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Nabi Adam turun di Gunung Jerai, Saidina Uthman pernah ke Kedah antara dakwaan gila penceramah PAS yang mengelirukan – PM

Inspektor Sheila cari calon suami untuk jumpa ayahnya



Papagomo kalah debat dengan Wan Mahussin?

Pernikahan Shuib-Watie, Jep Sepahtu dedahkan beliau tidak dijemput



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker