Isu kafir: Ahli Parlimen Permatang Pauh maafkan pengendali akaun Facebook sendiri

Susulan kekecohan dan olokan yang berlaku ekoran hantaran dibuat semalam, Ahli Parlimen Permatang Pauh Muhammad Fawwaz Mohamad Jan berkata, dia sudah memaafkan pentadbir akaun Facebooknya.

Dipetik portal BH Online hari ini, Fawwaz berkata, dia tidak mahu pentadbir akaun media sosialnya rasa bersalah, selain berharap isu berkenaan tidak diperbesarkan lagi.

Hal itu kerana, katanya, hantaran berkenaan sudah diturunkan.



Fawwaz juga berkata tidak ada manusia yang tidak pernah melakukan kesilapan.

“Sebenarnya, ia (kenyataan) dimuat naik oleh pengendali Facebook saya tanpa pengetahuan saya.

“Ini satu kekhilafan dan kesilapan pengendali Facebook yang saya memohon maaf sekiranya ada pihak tersinggung dan terasa hati dengan kenyataan itu.

“Pengendali Facebook saya juga sudah memaklumkan mengenai perkara ini dan saya memaafkannya, apatah lagi manusia mana yang tidak pernah membuat kesilapan dengan berharap ia tidak lagi diperbesar-besarkan,” katanya.



Terdahulu akaun Facebook Fawwaz memuat naik hantaran berbunyi “… Dalam sirah belum pernah ada sejarah kafir ada keinginan untuk memartabatkan agamamu wahai Muslim, tetapi menjatuhkan agamamu selalu diingatkan dalam al-Quran.”

Hantaran itu mendapat reaksi yang pelbagai. Selain ramai yang memuji – termasuk kalangan agamawan – ia turut mengundang kecaman.

Antara lain warganet mengingatkan Fawwaz bahawa dalam partinya – PAS – ada suatu sayap dikenali sebagai Dewan Himpunan Penyokong PAS yang dianggotai ahli bukan Islam.

Pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussin pula mengingatkan kenyataan Fawwaz itu secara langsung menyanggahi tulisan Presiden PAS Abdul Hadi Awang dalam buku Fiqh al-Harakah.



Dalam buku itu kata Wan Ji, Abdul Hadi jelas menyenaraikan beberapa peristiwa menunjukkan adanya orang bukan Islam yang membantu Nabi Muhammad SAW.

Ekoran kejadian itu akaun Facebook Fawwaz membuat permohonan maaf. Berdasarkan kenyataan tersebut, penulisnya mengakui hantaran yang dipertikaikan itu bukan dibuat oleh Fawwaz sebaliknya pengendali akaun.

Tidak lama kemudian hantaran asal dan permohonan maaf tersebut dipadamkan.

Fawwaz yang juga ketua Pemuda PAS Pulau Pinang berkata dia akan lebih berhati-hati sebelum memuat naik sebarang kenyataan pada masa depan.



Katanya dia tidak mahu menjejaskan keharmonian kaum dan agama di negara ini.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Nikita Mirzani tetap solat Subuh walaupun mengaku berzina dengan teman lelaki

Dipaksa makan daging babi, dirogol jika ‘scammer’ gagal capai sasaran jualan

Anak artis wanita popular dihukum penjara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker