Kahwin di luar negara: Perlu daftar namun tetap akan didenda

Kahwin di luar negara: Perlu daftar namun tetap akan didenda

IPOH – Pasangan yang memilih berkahwin di luar negara termasuk Thailand akan diiktiraf jika mereka mendaftarkan perkahwinan di negeri ini tetapi tetap akan dikenakan denda.

Menteri Besar Perak yang juga Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam negeri, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, tiada masalah jika berkahwin di luar negara cuma perlu didaftarkan dengan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).



“Tiada masalah cuma perlu berdaftar dengan negeri. Dengan erti kata lain, apabila berkahwin di luar negara dan balik ke Perak kena daftarkan dengan JAIPk tetapi akan ada denda yang dikenakan.

“JAIPk akan ikut keputusan Mahkamah Syariah. Kalau Mahkamah Syariah mengesahkan perkahwinan itu berlaku maka didaftarkan dengan denda,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Bantuan Program Teduhan Kasih Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Menurut Saarani, nilai denda yang akan dikenakan adalah mengikut keputusan mahkamah iaitu RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Beliau juga berkata, tiada masalah untuk anak-anak hasil dari perkahwinan di luar negara untuk memohon sijil kelahiran jika perkahwinan ibu dan bapa mereka didaftarkan di negeri ini. K Online



Kahwin di luar negara: Perlu daftar namun tetap akan didenda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nikita Mirzani tetap solat Subuh walaupun mengaku berzina dengan teman lelaki



Dipaksa makan daging babi, dirogol jika ‘scammer’ gagal capai sasaran jualan

Anak artis wanita popular dihukum penjara



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker