Budak lelaki 8 tahun maut dibaham buaya di Lahad Datu

KOTA KINABALU: Seorang budak lelaki berumur lapan tahun maut dibaham oleh buaya di Lahad Datu hari ini, dalam serangan kedua seumpamanya di Sabah dalam seminggu.

Ketua Polis Lahad Datu, Rohan Shah Ahmad berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 1.30 petang di Kampung Sabah Baru ketika kanak-kanak itu bersama rakannya sedang mandi di sungai sebelum tiba-tiba diserang reptilia berkenaan.

“Rakan mangsa yang menyaksikan kejadian, bergegas memaklumkan perkara itu kepada bapa kanak-kanak itu.

“Operasi mencari dan menyelamat kemudiannya diaktifkan bersama Pasukan Polis Marin (PPM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Lahad Datu,” katanya dalam satu kenyataan di sini.



Beliau berkata mayat kanak-kanak itu ditemukan terapung dengan kesan gigitan di bahagian pinggang, perut dan dada pada 3.30 petang, kira-kira 20 meter dari rumahnya.

Katanya mayat mangsa dihantar ke hospital Lahad Datu untuk bedah siasat.

Minggu lalu, seorang remaja berusia 16 tahun diselamatkan kawannya selepas diserang buaya di Tuaran.

Semasa kejadian, mangsa mencari lokan serta siput di tebing sungai Kampung Mengkabong dan cuba menyeberangi sungai itu ketika reptilia berkenaan menerkamnya. FMT



Kanak-kanak maut dibaham buaya ketika mandi sungai

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker