4 saksi lagi akan dipanggil dalam perbicaraan 1MDB

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan dalam perbicaraan 1MDB Najib Razak dijangka menggulung kes mereka selepas memanggil tiga atau empat saksi lagi.

Timbalan pendakwa raya Ahmad Akram Gharib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa mereka merancang untuk memanggil juruanalisis Bank Negara Malaysia (BNM) Adam Ariff Roslan esok.

Beliau berkata dua pegawai penyiasat lain, iaitu Foo Wei Min dan Nur Aida Arifin, juga akan memberi keterangan, manakala bekas peguam 1MDB, Jasmine Loo Ai Swan, disenaraikan sebagai saksi berpotensi.



Perbicaraan 1MDB Najib bermula pada 28 Ogos 2019. Setakat ini, 46 saksi telah memberi keterangan selama empat tahun tersebut.

Apabila ditanya peguam bela, Shafee Abdullah mengenai sama ada Ashok Ramamurthy, seorang warga Australia, akan memberi keterangan, Akram menjawab bekas CEO AmBank tersebut tidak disenaraikan sebagai saksi dalam kes ini.

Shafee turut memberi bayangan bahawa pihak pembelaan mahu memanggil semula bekas pengarah urusan AmBank, Cheah Tek Kuang, selepas bekas gabenor BNM Zeti Akhtar Aziz selesai memberi keterangannya. Beliau mendakwa Cheah dan Zeti memberikan kenyataan yang bercanggah semasa memberi keterangan.

Akram memberitahu Shafee bahawa beliau sepatutnya membuat permohonan rasmi untuk memanggil semula saksi tersebut.



BNM tiada kuasa ambil tindakan terhadap individu

Terdahulu, Zeti menyambung keterangannya di mahkamah.

Beliau memberitahu mahkamah bahawa BNM tidak diberi kuasa untuk mengambil tindakan terhadap pemegang akaun berkenaan urusan dalam akaun mereka.

Beliau berkata apa-apa tindakan berhubung urus niaga yang “mencurigakan” adalah dalam bidang kuasa polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).



“BNM diwajibkan untuk melapor kepada agensi-agensi ini,” kata Zeti, sambil menambah itu adalah tanggungjawab polis atau SPRM untuk menyiasat perkara tersebut.

Pendengaran di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah disambung esok.

Najib berdepan perbicaraan atas 25 tuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion yang didepositkan ke dalam akaun AmBank miliknya antara Februari 2011 hingga Disember 2014.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rita Rudaini dah nikah?



Puteri Sarah mahu saman, ini teguran Yusof Haslam

DSV jangan takbur sangat



Guru benarkan pelajar Hindu pukul pelajar Islam di India

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker