Michelle Yeoh dikecam teruk, jadi duta jenama pro-Israel
Michelle Yeoh dikecam teruk, jadi duta jenama pro-Israel
Aktres ternama, Tan Sri Michelle Yeoh mengundang kemarahan ramai dan dikecam tidak sensitif isu semasa apabila mengumumkan pelantikan dirinya sebagai duta jenama terkemuka antarabangsa, Balenciaga.
Kecaman tersebut tercetus selepas Michelle mengumumkan perkara tersebut dalam Instagramnya semalam.
“Saya teruja menyertai Balenciaga sebagai duta jenama mereka.
“Fesyen merupakan sejenis bentuk seni dan bukan hanya tentang pakaian tetapi ekspresi diri. Ini adalah cara saya berkomunikasi mengenai kerja,” katanya.
Perkongsian tersebut seterusnya meraih rasa kurang senang netizen yang berpendapat pemenang Pelakon Wanita Terbaik, Academy Awards Ke-95 itu tidak prihatin dengan nasib yang dihadapi penduduk Gaza di Palestin ketika ini.
“Saya sayang awak Michelle tetapi bukan sebagai duta Balenciaga.
“Apa perasaan awak menjadi duta sebuah jenama yang pro-Israel dan pernah terpalit isu seksual kanak-kanak dalam poster iklan mereka,” ujar netizen.
Sebelum ini, Michelle merupakan antara selebriti antarabangsa yang lantang bersuara berkaitan isu melibatkan kemanusiaan.
Terdahulu, selain Michelle, beberapa selebriti antarabangsa lain yang pernah dikecam kerana menunjukkan sokongan terhadap Israel ialah Gal Gadot, Justin Bieber dan Selena Gomez.
Sementara itu, model terkemuka, Bella Hadid yang lantang bersolidariti berkaitan isu Palestin pula dipecat sebagai duta jenama antarabangsa, Dior dan diganti dengan model kelahiran Israel. K Online
Michelle Yeoh dikecam teruk, jadi duta jenama pro-Israel
Baca Artikel Menarik:
- Syed Saddiq, kifarah itu benar
- Misai harimau kena cabut, Perhilitan lapor polis
- Nestle, Starbucks alami kesan negatif boikot pengguna
- Pelajarku, suamiku
- ‘You touch, you go’ – Asyraf Wajdi
- Israel, AS pengganas terbesar dunia
- Fazura nafi kenyataan Neelofa
- Bersatu terus dibolosi gol sendiri
- Vaksin terbazir, bekas Ahli Parlimen minta KJ beri penjelasan
- Briged Al-Qassam musnahkan 136 kenderaan tentera Israel
- Gadis 15 tahun dirogol lapan lelaki bergilir-gilir
- Bolehkah jual produk Amerika Syarikat milik Yahudi?
- Ramai pilih GST berbanding SST – Tinjauan KPMG
- Bawa berbincang, jangan sombong – Anwar
- Syed Saddiq ahli politik pertama dikenakan sebatan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Khaibar, Khaibar Ya Yahud, Jaysu Muhammad Saufa Ya’ud
TMJ Tuju Kepada Ahli Politik Mana?