Pegawai Diplomatik Wisma Putra meninggal dunia ketika pendakian ke Everest Base Camp

Seorang pegawai Kementerian Luar meninggal dunia di Gorak Shep ketika pendakian ke Everest Base Camp, Nepal awal hari ini.

Wisma Putra dalam kenyataannya, hari ini mengesahkan kematian kematian pegawainya, K Parthiban berusia 38 tahun.

Katanya, Wisma Putra memaklumkan Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu sedang menguruskan untuk membawa turun jenazah mendiang dari Gorak Shep ke Kathmandu untuk dibedah siasat di Hospital Teaching, Kathmandu.



“Jenazah mendiang akan dibawa pulang ke Malaysia selepas segala urusan bedah siasat dan dokumentasi selesai.

“Kementerian Luar mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mendiang. Kementerian ini melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu juga akan membantu dalam pengurusan jenazah mendiang untuk dibawa balik ke Malaysia,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ajai tercarut dalam program FD3

FD3: Kemunculan Datuk Red bawa tuah kepada Adira



All Stars Gegar Vaganza: “Vocal cord saya memang ada parut kekal” – Naqiu

Saya tak berzina – Shakilla Khoriri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker