Formula PAS hanya menyulitkan Umno dan Bersatu

Formula PAS hanya menyulitkan Umno dan Bersatu

Dilihat berada dalam keadaan tersepit di antara kerjasama dengan Umno atau Bersatu, formula PAS untuk “menyokong penyandang” jika berlaku pertembungan antara kedua-dua parti berkenaan dijangka hanya akan menyulitkan keadaan.

Penganalisis politik Dr Mazlan Ali malah berpendapat, pendekatan PAS itu turut dikhuatiri akan mengeruhkan keadaan antara parti-parti berkenaan yang memang tegang.



Pada masa sama, menurutnya, langkah “menyokong penyandang” itu antara sebenarnya akan memberi kelebihan kepada Umno secara langsung.

“Jika berlaku pertembungan Umno dan Bersatu, sokong penyandang ini maksudnya Umnolah yang ada kelebihan, sebab Umno kerusinya lebih banyak yang dimenangi berbanding Bersatu.

ADS

“Kawasan yang Bersatu menang pula adalah kawasan yang dikuasai PH (Pakatan Harapan), dan PAS tiada peranan sangat dalam kawasan-kawasan terbabit,” katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi, hari ini.



Terdahulu Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti itu akan memberi sokongan kepada calon penyandang sekiranya berlaku pertembungan antara Umno dan Bersatu pada pilihan raya negeri (PRN) di Melaka.

Kena buat keputusan segera

Bagaimanapun setakat ini belum ada keputusan sama ada PRN tersebut akan berlangsung dalam tempoh terdekat atau tidak susulan situasi pandemik Covid-19.

Mazlan yang juga pensyarah kanan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata, sudah pasti formula “sokong penyandang” akan mengecewakan Bersatu saja berdasarkan situasi semasa kerana Umno mempunyai kelebihan.



Jelasnya, jika berlaku pertembungan antara Umno dan Bersatu di kawasan yang sudah dimenangi Umno sebelum ini ia pasti akan memberi kelebihan besar kepada Umno apabila parti itu mendapat sokongan tambahan daripada PAS.

“Situasi itu sudah tentu akan menjadikan Umno lebih kuat, di sinilah akan memberi kesan hubungan kepada ketiga-tiga parti tersebut,” katanya.

Menurut Mazlan, walaupun PAS – yang menjadi parti komponen PN – mahu menjadi pendamai agar Umno dan Bersatu bekerjasama, hakikatnya Umno kelihatan enggan menerima inisiatif tersebut.

“Perkara itu sudah ditegaskan pimpinan Umno termasuk membuat keputusan dalam Perhimpunan Agung Umno sebelum ini,” ujarnya.



Sehubungan itu tambah Mazlan formula yang diambil PAS itu dilihat akan lebih menyulitkan keadaan.

Menurut Mazlan PAS sepatutnya membuat keputusan sama ada mahu bersama Umno dalam Muafakat Nasional (MN) atau dengan Bersatu dalam PN.

“PAS kena buat keputusan segera kerana semua parti mahu buat persediaan, nak bahagi kerusi dan strategi. Kalau PAS tak buat keputusan ia akan menimbulkan masalah kepada mereka sendiri,” katanya.
Mk

Formula PAS hanya menyulitkan Umno dan Bersatu




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Siang kutip sampah malam jadi perogol



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker