Isteri ‘tangkap’ suami curang di rumah mentua

JAKARTA – Seorang wanita kecewa apabila menemui suaminya curang dengan gadis lain di dalam bilik tidur di rumah ibu mentuanya sendiri, lapor laman berita Berita Hits kelmarin.

Berdasarkan video yang dikongsikan di laman Instagram, wanita tersebut merakam suasana tegang di rumah ibu mentuanya selepas dia ‘menangkap’ suaminya dan  wanita lain berdua-duaan di dalam bilik tersebut.

Kedengaran wanita berkenaan meminta penjelasan daripada suaminya mengenai insiden itu. Dia juga menyoal gadis yang didakwa curang dengan suaminya.

Berdasarkan butir percakapan, si isteri mengaku tidak marah, namun hairan mengapa wanita berkenaan sanggup curang dengan lelaki yang sudah beristeri.

“Kamu tahu dia sudah beristeri?” tanya si isteri kepada wanita berkenaan.

Dalam masa yang sama, ibu mentuanya dikatakan hanya duduk menonton televisyen di ruang tamu dan tidak menghiraukan keadaan itu.

“Suami ditangkap curang di rumah ibu mentua.

“Ibu mentua hanya khusyuk menonton televisyen di ruang tamu dan membiarkan suami curang dengan wanita lain di dalam bilik,” demikian menurut keterangan video tersebut.

Si isteri kemudian menangis sambil berkata: “Sebelum ini hanya melihat (kejadian curang) di TikTok atau Facebook, namun kini terjadi pada diri sendiri.”

Video itu menjadi tular dengan netizen memberikan pendapat masing-masing.

“Ibu dengan anak sama sahaja. Pergilah sahaja dari situ kerana hidup kamu pasti akan lebih bahagia daripada terpedaya dengan keluarga yang tidak takut dosa,” kata seorang netizen. – AGENSI

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tangkapan ikan gergasi ‘oarfish’ cetus kepercayaan gempa dahsyat bakal menyusul

Ambulans terbalik dilanggar jururawat

PH silap besar bila iktiraf tuntutan Sulu – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker