Mahu Dikenali Ratu 9 Nyawa, Lucinta Luna Bedah Buang Halkum Kembali Aktif Di Media Sosial [VIDEO]

Mahu Dikenali Ratu 9 Nyawa, Lucinta Luna Bedah Buang Halkum Kembali Aktif Di Media Sosial [VIDEO]

TIDAK pernah merasakan diri cukup cantik, selebriti sensasi Lucinta Luna sekali lagi melakukan pembedahan supaya dirinya benar-benar kelihatan seperti seorang wanita.

Terbaharu Lucinta sekali lagi menjalani pembedahan dipercayai membuang halkum dan perkara tersebut dikongsi sendiri di laman sosial Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, Lucinta melakukan pembedahan itu di sebuah hospital di Busan, Korea Selatan.

“Selamat tinggal Ratu Keabadian… selamat datang Ratu 9 Nyawa.

“Semenjak menjalani pembedahan pemotongan leher, rasa sakit untuk menelan makanan. Suapkan aku supaya cepat sembuh dan boleh bercakap dengan suara merdu.

“Doakan saya agar cepat sembuh dan boleh segara pulang ke Indonesia,” jelasnya.

Lucinta Luna sudah mula aktif di media sosial selepas menjalani pembedahan membuang halkum di Hospital Busan, Korea Selatan.

Pembedahan plastik itu dilaporkan berjalan lancar dan Lucinta sudah membuat siaran langsung dalam akaun TikTok, meskipun dia belum pulih sepenuhnya.

Ketika siaran langsung tersebut, wajah Lucinta dilihat masih bengkak dengan dipenuhi luka yang masih berbalut.

 

VIDEO DIBAWAH:-

Difahamkan, lelaki berimej songsang itu turut mengalami kesukaran ketika hendak makan.

Buktinya, dia hanya mengambil buah betik dengan disuap oleh orang lain disebabkan bibirnya juga bengkak sehingga sukar membuka mulut.

Situasi tersebut menimbulkan rasa simpati orang ramai terhadap Lucinta yang berusaha ingin menjadi lebih cantik seperti seorang wanita.

“Saya yang berasa ngilu dan sakit melihat keadaan seperti begini, bersyukur sahaja sama Allah SWT dengan apa yang diberikan,” kata netizen lain.-AGENSI

Mahu Dikenali Ratu 9 Nyawa, Lucinta Luna Bedah Buang Halkum Kembali Aktif Di Media Sosial [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tangkapan ikan gergasi ‘oarfish’ cetus kepercayaan gempa dahsyat bakal menyusul

Ambulans terbalik dilanggar jururawat

PH silap besar bila iktiraf tuntutan Sulu – Najib

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker