Guru Besar hilang akal, murid didenda jilat dinding dan makan kertas

Seorang guru besar bertindak menghukum tiga orang muridnya dengan menyuruh mereka menjilat dinding dan makan kertas sebagai denda.

Tidak dibenarkan pulang

jilat dinding

Gambar sekadar hiasan



Memetik laporan Kompas.com, kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Sekolah Dasar Nus Tengga Timur di Indonesia pada 18 September lalu.

Difahamkan mereka juga diarahkan untuk menjilat kaca dan pintu sekolah sebagai hukuman denda akibat bermain sumpitan menggunakan penyedut minuman (straw).

Salah seorang daripada murid berkenaan berkata mereka tidak dibenarkan pulang jika tidak menelan kertas selain dua daripada mereka turut dipukul dengan kayu.

Susulan itu, ketiga-tiga murid sekolah rendah tersebut mengadu kepada ibu bapa mereka sebelum bertindak melaporkan insiden berkenaan kepada pihak polis.



Dalam pada itu, pengakuan mereka juga dirakam dan disampaikan kepada Ketua Dewan Pimpinan Cabang Organisasi Perjuangan Rakyat (POSPERA) iaitu Yorim Fallo.

Polis kemudian mengesahkan telah menerima laporan berhubung kes tersebut dan masih menjalankan siasatan.

Sumber: Kompas.com

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Syazwani ‘superhero’ dalam pesawat Turkish Airlines, banggakan negara



Jasmin Hamid pakai Proton Wira, dah miskin ke?

Meerqeen, Ameera Khan dating di Paris? (Video)



13 sebab mahkamah tak patut gugur pertuduhan Muhyiddin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker