Empat lelaki terlibat kes curi lembu ditahan

Polis menahan empat lelaki tempatan selepas disyaki terbabit dalam kes kecurian lembu di sekitar daerah ini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, suspek berusia lingkungan 25 hingga 42 tahun itu ditahan sebaik sahaja selesai urusan jual beli haiwan ternakan tersebut.

Katanya, siasatan mendapati kesemua mereka merupakan penggembala lembu dan ternakan yang dicuri itu akan dijual kepada orang perseorangan di kawasan Perak Tengah dan Kampar.



“Menerusi tangkapan tersebut, kita turut merampas dua ekor lembu. Kesemua suspek kini ditahan reman selama empat hari sehingga esok.

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan pertuduhan sebaik sahaja siasatan kes ini dilengkapkan,” katanya, di sini hari ini.

Menurut beliau, berdasarkan semakan kesemua suspek didapati tidak memiliki rekod kesalahan lampau bersabit kes curi haiwan ternakan

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Anwar: The Untold Story jauh mengatasi Mahathir: The Journey



Telan pil Viagra nak ‘main lama’, warga emas temui ajal

Rafizi datang lagi kini dengan formula PADU



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker