Wanita hamil maut tunggang motosikal langgar anjing

Wanita hamil maut tunggang motosikal langgar anjing

TAMPIN: Wanita sarat mengandung enam bulan maut selepas terbabit kemalangan dipercayai terbabas akibat melanggar anjing di Jalan Keru- Batu Belang, di sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam, wanita yang menunggang motosikal itu sempat dibawa ke hospital untuk menerima rawatan, namun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 2.10 pagi.



Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata, difahamkan ketika kejadian mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Keru Hulu, di sini.

“Kami menerima laporan kemalangan membabitkan sebuah motosikal Modenas Dinamik yang ditunggang seorang wanita berusia 35 tahun dan difahamkan sedang mengandung enam bulan.

“Hasil siasatan mendapati penunggang motosikal itu dikatakan dalam perjalanan dari sebuah kedai makan di Jalan Tampin- Gemas ke rumahnya di Kampung Keru Hulu.

“Apabila sampai di Jalan Keru-Batu Belang mangsa dipercayai melanggar seekor anjing menyebabkannya hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan sebelum terjatuh,” katanya ketika dihubungi, hari ini.



Beliau berkata, akibat kemalangan, mangsa mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Tampin untuk rawatan segera.

“Bagaimanapun, kira-kira jam 02.10 pagi, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital berkenaan.

“Mayatnya dihantar di bahagian Forensik Hospital Tampin untuk pengendalian bedah siasat bagi mengetahui punca kematian. Kertas siasatan telah dibuka di bawah sek 41(1) Akta Pengangkutan 1987 dan siasatan masih diteruskan,” katanya.

Jelas Anuwal, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan jalan raya itu diminta untuk tampil ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tampin untuk membantu siasatan atau boleh menghubungi Balai Polis Trafik IPD



Tampin ditalian 06-4412502 atau Bilik Gerakan IPD Tampin ditalian 06-4431999,” katanya. BH

Wanita hamil maut tunggang motosikal langgar anjing

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ubai beli motosikal guna duit Shila Amzah?

Fara Fauzana, Fizi bercinta?



Isu Diva AA, ini kata Che Ta

Mekah dilanda ribut, hujan lebat (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker