Profesor dicekup SPRM disyaki kemuka tuntutan palsu RM66,000

Profesor dicekup SPRM disyaki kemuka tuntutan palsu RM66,000

KOTA KINABALU: Seorang pensyarah di sebuah universiti di Sabah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai mengemukakan tuntutan palsu membabitkan dana penyelidikan berjumlah lebih RM66,000.

Sumber berkata, lelaki berstatus profesor berusia 55 tahun itu, ditahan di pejabat SPRM Sabah, kira-kira 10 pagi, hari ini.



Katanya, suspek terbabit dipercayai mengemukakan tuntutan palsu, pada 2014 hingga 2017, ketika bertugas sebagai pengarah institut di universiti berkenaan.

“Difahamkan, tuntutan palsu tersebut melibatkan dana penyelidikan, namun tiada perbelanjaan dilakukan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah S Karunanithy, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Katanya, suspek kemudian dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 dan seorang penjamin.



“Suspek juga dijangka akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu dalam tempoh terdekat,” katanya. FMT

Profesor dicekup SPRM disyaki kemuka tuntutan palsu RM66,000


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Resepi Agar-Agar Santan Isi Kelapa Muda, kena sekali nak selalu

Wanita tertipu beli telefon murah online, dapat sebungkus garam [VIDEO]



Isteri ‘terkam’ kereta tangkap suami curang [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker