Bukit Aman pulangkan semula telefon bimbit Mat Sabu

Bukit Aman pulangkan semula telefon bimbit Mat Sabu

Polis telah memulangkan semula telefon bimbit milik Mohamad Sabu selepas merampasnya daripada presiden Amanah itu, kata peguam Faiz Fadzil.

“Telefon bimbit anak guam saya, YB Mohamad Sabu sudah dikembalikan pada jam 1.30 petang tadi.



“Tetapi saya percaya pihak polis telah mengambil data dari telefon tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Terdahulu, Faiz berkata polis merampas telefon bimbit Mohamad Sabu selepas dia memberi keterangan kepada pihak berkuasa berhubung flash mob membantah kenaikan harga barang baru-baru ini.

Faiz yang juga ahli jawatankuasa Amanah berkata Mohamad memberikan keterangan kepada polis selama kira-kira dua jam di Bukit Aman mulai jam 11.15 pagi.

“Sesi siasatan berjalan agak panjang memandangkan pihak polis meminta telefon bimbit dirampas walaupun telah dibantah dengan hujah menggunakan nas undang-undang,” katanya.



Tambah Faiz mereka berpendapat tidak ada kewajaran untuk polis merampas telefon bimbit berkenaan kerana video yang dipersoalkan oleh pihak berkuasa tiada kaitan dengan peranti tersebut.

Ekoran tindakan polis berkenaan, kata Faiz, dia sudah menerima arahan daripada Mohamad untuk memulakan tindakan undang-undang ke atas polis.

“Saya telah menerima arahan presiden Amanah untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak polis kerana bertindak melanggar hak privasi dan prinsip keadilan yang dijamin Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Amanah sudah mengadakan siri flash mob di beberapa lokasi sebagai membantah kenaikan harga pelbagai barang keperluan masyarakat, termasuk disertai Mohamad pada 17 Julai lalu.



Mohamad menyertai bantahan yang diadakan di Jalan Jati, Shah Alam.

Menurut Faiz, bekas menteri pertahanan itu disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. Mk

Bukit Aman pulangkan semula telefon bimbit Mat Sabu


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Agar-Agar Santan Isi Kelapa Muda, kena sekali nak selalu

Wanita tertipu beli telefon murah online, dapat sebungkus garam [VIDEO]



Isteri ‘terkam’ kereta tangkap suami curang [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker