Manifesto: Bila gelabah ‘nak tercirit’ dia pun tiru kerja orang, – Amir

Manifesto: Bila gelabah ‘nak tercirit’ dia pun tiru kerja orang, – Amir

Pengerusi PH Selangor Amirudin Shari hari ini memberi analogi kekalutan seseorang menyiapkan tugasan pada saat-saat akhir untuk menggambarkan keadaan lawan politik gabungan itu menghadapi pilihan raya negeri (PRN) sekarang.

Tanpa menyatakan maklumat yang terperinci atau memetik nama sesiapa, Amirudin juga menyatakan kekalutan tersebut menyebabkan seseorang terdesak sehingga sanggup meniru hasil susah payah individu lain.



“Kita semua pernah ada pengalaman tengok kawan yang submit assignment last minute (serah tugasan pada detik-detik akhir).

“Apabila gelabah dan nak tercirit dia pun tiru kerja kawan-kawan lain dan claim dia best,” ciap menteri besar sementara Selangor itu malam tadi.

Walaupun membuat hantaran secara umum Amirudin dipercayai merujuk kepada tawaran PN dalam manifesto parti terbabit untuk Selangor semalam.

Bagi bersaing dengan kerajaan perpaduan, PN melancarkan manifesto bertemakan Selangor Baru, Kita Bangkit dengan 112 tawaran untuk dilaksanakan sekiranya dipilih mentadbir selepas 12 Ogos ini.



Dilancarkan Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, majlis berkenaan turut dihadiri Pengerusi PN Selangor yang juga bekas menteri besar, Azmin Ali.

Muhyiddin turut mengumumkan Inisiatif Bantuan Prihatin Keluarga Selangor yang merangkumi bantuan terhadap rakyat di negeri tebrabit.

Teringat zaman lama

PH Selangor pula melancarkan manifestonya pada 31 Julai, iaitu beberapa hari lebih awal berbanding PN, dengan tema 5 Tekad Untuk 5 Tahun yang turut menumpukan kepada isu-isu yang berkaitan kebajikan rakyat dan ekonomi negeri itu.



Kedua-dua manifesto dari dua gabungan tersebut menumpukan isu yang tidak banyak beza seperti elaun kepada imam, bilal, siak dan nazir yang memberikan perbezaan jumlah sebanyak RM100 dari PN, perkhidmatan bantuan kesihatan (PH menawarkan untuk meluaskan perkhidmatan percumanya, manakala PN menumpukan manfaat rawatan asas dan perlindungan takaful kepada penerima).

Untuk rekod, sebelum ini Selangor di bawah Amirudin pernah melancarkan Pakej Rangsangan Ekonomi yang dinamakan Selangor Prihatin bagi membantu rakyat di negeri itu yang terkesan dengan wabak Covid-19 dan perintah kawalan pergerakan.

“Malam ini buat saya teringat pula masa zaman (universiti) dulu,” ciapnya di Twitter.

Melalui manifesto PH-BN Selangor, gabungan itu turut menawarkan bayaran khairat kematian sebanyak RM1,000 selain subsidi menunaikan haji sebanyak RM2,000 kepada 3,000 jemaah muassasah kali pertama.



Dalam bidang pendidikan pula inisiatif Buku Kita Selangor menawarkan bantuan RM200 untuk mahasiswa anak negeri selain latihan TVET kepada 10,000 anak muda dengan kerjasama syarikat berteknologi tinggi.

Selangor juga berjanji untuk mengadakan kelas tusyen percuma melalui Program Tuisyen Rakyat Selangor dan disasarkan kepada 200,000 pelajar.

Kelas percuma pula akan diadakan untuk mempelajari bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Tamil, Jepun dan Korea. Mk

Manifesto: Bila gelabah ‘nak tercirit’ dia pun tiru kerja orang, – Amir



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan ajari seorang isteri sabar – Status Irma Hasmie cetus persoalan



Adibah perlu tuntut harta sepencarian 28 tahun berkahwin – Netizen

Saya redha diceraikan Rosland

“Wow geram tengok, rasa nak tarik masuk dalam toilet”, Peja nafikan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker