Menantu Muhyiddin ke luar negara sebaik mengetahui SPRM jalankan siasatan

Menantu Muhyiddin ke luar negara sebaik mengetahui SPRM jalankan siasatan

Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan dipercayai keluar negara apabila mengetahui bakal berdepan pertuduhan kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing bagi sebuah kementerian.

Menantu kepada bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin itu bertindak demikian pada pertengahan Mei lalu, sebaik mengetahui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menjalankan siasatan kes berkenaan.



Sumber berkata, SPRM sudah merujukkan kes itu kepada Pejabat Peguam Negara beberapa kali sebelum menerima arahan mendakwanya pada 19 Mei lalu di mana pertuduhan ke atasnya sepatutnya dilakukan selepas tarikh terbabit.

“Ketika beliau ke luar negara, memang SPRM belum memanggilnya untuk siasatan. Tapi pada masa itu beliau sudah tahu akan dituduh.

“Selepas SPRM membentangkan kes kepada Pejabat Peguam Negara, barulah beliau dicari untuk bantu siasatan.

“Sejak itu, pegawai SPRM beberapa kali menghubunginya dan peguam melalui panggilan telefon serta aplikasi WhatsApp untuk memintanya pulang membantu siasatan, namun gagal berbuat demikian,” katanya.



Semalam, Harian Metro melaporkan Muhammad Adlan menegaskan tidak pernah ditangkap atau dihubungi SPRM selepas didakwa melarikan diri ke luar negara dan dimasukkan dalam ‘wanted list’ (orang dikehendaki) agensi itu.

Peguam Datuk Dr Baljit Singh Sidhu yang mewakili Muhammad Adlan dilaporkan berkata, anak guamnya itu tidak pernah dipanggil oleh SPRM untuk mesyuarat atau untuk membantu dalam apa-apa jenis siasatan.

Baljit berkata, anak guamnya yang dihubungi pegawai SPRM sudah menjawab secara bertulis dalam bentuk surat bertarikh 3 Jun lalu, menyatakan beliau melancong ke luar negara atas urusan perniagaan dan akan kembali selepas urusan selesai.

Mengulas lanjut, sumber berkata, menerusi kandungan surat dihantar Muhammad Adlan memberitahu akan kembali ke negara ini antara 10 hingga 15 Julai.



Bagaimanapun, katanya, sehingga kini lelaki itu didapati tidak pulang ke Malaysia menyebabkan SPRM mengeluarkan kenyataan media bagi mengesannya.

Berikutan itu, menurut sumber, SPRM turut mengambil tindakan menyita akaun bank lelaki terbabit.

SPRM sebelum ini dilaporkan akan memohon Notis Merah Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap kedua-dua individu itu yang dipercayai melarikan diri.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, permohonan itu akan dilakukan dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam masa terdekat. HM



Menantu Muhyiddin ke luar negara sebaik mengetahui SPRM jalankan siasatan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Duit Dini Schatzmann habis



Shila Amzah serabut tengok mak bapa bergaduh

Suami curang ‘dibantai’ isteri di restoran di hadapan skandal



Wajah Enot Dah Berubah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker