Status darurat kesihatan global ditamatkan, WHO isytihar pandemik Covid-19 berakhir

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan bahawa Covid-19 bukan lagi ‘darurat kesihatan global’, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) kelmarin.

Kenyataan itu mewakili langkah besar bagi menamatkan status pandemik dan dibuat tiga tahun selepas WHO pertama kali mengeluarkan status amaran tertingginya terhadap koronavirus.

Menurut pihak berkuasa, kadar kematian akibat Covid-19 menurun daripada rekod tertinggi lebih 100,000 orang seminggu pada Januari 2021, kepada hanya lebih 3,500 orang seminggu setakat 24 April lalu.



Ketua Pengarah WHO, Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, sekurang-kurangnya tujuh juta orang meninggal dunia akibat wabak itu.

Bagaimanapun, kata Tedros, angka korban sebenar dipercayai hampir 20 juta orang atau tiga kali ganda lebih tinggi daripada anggaran rasmi. Justeru, beliau memberi amaran bahawa Covid-19 kekal sebagai ancaman besar.

“Semalam (kelmarin), Jawatankuasa Kecemasan bermesyuarat buat kali ke-15 dan mengesyorkan supaya darurat kesihatan awam yang membimbangkan masyarakat antarabangsa ditamatkan.

“Saya telah menerima nasihat tersebut. Oleh itu, dengan penuh harapan saya mengisytiharkan bahawa darurat kesihatan global Covid-19 sudah berakhir,” kata Tedros.



Tambahnya, keputusan itu dipertimbangkan dengan teliti sejak sekian lama dan dibuat berdasarkan analisis data yang terperinci.

Tedros turut memberi amaran bahawa pembatalan amaran tertinggi itu tidak bermakna bahaya koronavirus telah berakhir. Menurutnya, status darurat itu boleh diaktifkan semula jika keadaan berubah menjadi buruk.

“Perkara paling buruk boleh dilakukan oleh mana-mana negara adalah menggunakan berita ini sebagai alasan untuk melonggarkan peraturan, menamatkan sistem kawalan atau menyampaikan mesej kepada rakyat bahawa Covid-19 tidak perlu dibimbangkan,” katanya. – Agensi

 



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah dah macam Ira Kazar pulak



Jasmine dedah fantasi sebenarnya

ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker